Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Banyak Mesej Tersirat Dalam ‘Debat’ Antara Pemuda Ini & Bosnya Mengenai Isu Perkahwinan, Yang Juga Mencerminkan Bagaimana Pemikiran Ibu Bapa Akan Hal Ini

7 Apr 2017
No Comment

Mungkin sudah terbiasa dengan tradisi, juga adat, sehinggakan kita mudah untuk mengutamakannya lebih daripada apa yang perlu. Begitulah yang seringkali terjadi bila mana ada majlis-majlis perkahwinan dilakukan.

Tidak salah untuk meraikan, tapi, sebaiknya ia dilakukan dengan bersederhana, memudahkan kedua-dua pihak, tanpa merumitkan keadaan.

Namun begitu, ia seperti sudah menjadi ‘trend’ pada masa kini, untuk membuat majlis yang besar, tampak mewah, sedangkan boleh sahaja dibuat secara biasa-biasa sahaja.

Mungkin itulah yang menjadi salah satu faktor, mengapa banyak anak muda, tidak berkahwin awal. Menerusi perkongsian dari saudara Fdaus Ahmad ini, akan perbualannya dengan seorang bos, isu perkahwinan ini sukar dicapai, jika pemikiran masih lagi seperti bosnya.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Aku tengah pekena lepak dekat bench dalam pantry bersama Tat Ang dan Eeja lepas habis kami sembahyang Zohor.

Hari tu kami tak makan di luar sebab pukul 4 aku kena submit drawing pada Johari Akil, supervisor training aku. Jadinya aku ada masa lebih kurang 2 jam sebelum aku nak kena jumpa dia.

Tiba tiba datang seorang bos besar masuk pantry lepak sebelah aku senyum senyum. Aku pun senyum senyum je la sebab risau jugak aku ni dah la budak trainee, melepak dalam pantry macam tak ada kerja. Nanti kalau kena sound SV aku jugak yang malu.

Aku mula mula hairan sebab jarang orang besar besar syarikat ni datang ke pantry. Ahh lantak lah. Bos ni start dulu tanya tanya dari mana, course apa semua. Blablabla sampai la ke satu topic yang aku summarykan di bawah ni.

Bos : Dekat U sekarang ni banyak couple kan. Masa saya belajar dulu tak ada la budaya couple sampai macam ni. Surat khabar bila entah saya baca student kena buang sebab khalwat dalam kereta, 2-2 student medic final year pulak tue, alahai selangkah je lagi nak jadi doktor.

Aku : Hmm..bos rasa apesal sampai jadi mcm tu? Dah lama dah isu isu macam ni kita dengar. Dari saya sekolah menengah sampai la ke universiti, tapi tak ada pun tindakan yang efektif nak banteras. Bukanlah banteras kawan lelaki perempuan, tapi nak membanteras gejala rosak akhlak macam keadaan yang bos cakap tadi tu.

Bos : Ohh..Saya faham keadaan tu. Sekarang ni dunia dah globalize, kita dah macam duduk sebumbung dengan negara negara lain. Jadi budaya tu senang meresap ke dalam masyarakat kita. Yang salahnya remaja, ibu bapa, masyarakat sebab membenarkan budaya tak elok macam tu ada dalam institusi keluarga. Bagi saya, couple tak salah, asal ada batas nya. Anak saya pun bercouple, tapi saya selalu pesan jangan buat apa apa yang memalukan keluarga.

Aku : Yang memalukan keluarga? Apa definisi memalukan keluarga tu? Pada pendapat saya, memang ada cara kita nak surutkan perkara keterlaluan macam tu, masih ada cara, dan caranya mesti melibatkan pengorbanan banyak pihak.

Bos : Yelah memalukan keluarga macam berkhlawat, kena tangkap sampai kena tendang universiti. Kalau setakat keluar makan jalan di tempat public masih boleh diterima lagi.

Aku : Pada saya lah bos, remaja yang bercouple ni, better bagi nikah je, tak kisah la masih belajar ke, belum bekerja ke. Bila dah terjebak dengan aktiviti berkasih sayang ni memang jalan terbaik galakkan pernikahan. Mustahil kita nak suruh marah marah putuskan hubungan sebabapi kalau simbah minyak jadi lagi membara la.

Bos : Hmm mudahnya jalan penyelesaian tu? Kau orang remaja senang fikir nak kawin cepat, kononnya nak elak maksiat. Ya betul elak maksiat tu, tapi cuba pandang jauh sikit, pandang masa depan.

Kalau masih belajar tak ada pendapatan, macam mana nak sara keluarga? Rumah? Makan minum? Anak pinak? Lagipun kalau kawin umur 19-20 tahun, alahai urus diri sendiri pun belum tentu beres inikan pulak nak urus rumahtangga. Kahwin ni bukan kerja mudah. Nak akad nikah memang lah mudah, hantaran? Belanja kahwin? Kenduri kendara? Semua tuh siapa yang nak amik tahu?

Aku : Sebab tu saya kata, masih ada jalan keluar, tapi perlukan sikit pengorbanan, terutamanya mak dan ayah. Mereka patutnya kene support bila ada anak anak yang utarakan isu perkahwinan, jangan terus parent tembak dengan persoalan persoalan yang membunuh perbincangan, terutama soal wang ringgit, kerja, tanggungan. Semua tu boleh dibincangkan kemudian.

Kalau masyarakat kita positif tentang isu kawin muda, saya yakin akan kurang la gejala tak bermaruah macam yang selalu jadi sekarang ni. Ibu bapa sekarang masih dikongkong dengan frasa "kalau tak ada kerja..macam mana nak sara ank bini?". At one side, betul! Tapi sekarang ni masyarakat kita sedang bergelut masalah.

Bos jugak yang bgtau masalah tadi. Jadi sekarang kita cari ubat. Setakat nak salahkan didikan, salahkan ibu bapak tak reti jaga anak anak, salahkan remaja sebab tak reti jaga diri, sampai bila? Sampai bila kita asyik nak salahkan faktor yang macam tu? Sekarang tengok apa jadi dalam masyarakat kita, jiran tetangga kita, anak pinak kita.

Bos ni diam sekejap. Dia light rokok Benson n Hedges, berkepul asap penuh pantry. Jenuh aku nak bernapas. Dah la bilik tu air cond, tingkap pintu semua tutup. Jam dah pukul 3.15. Ada lebih kurang 45 minit je lagi sebelum aku pegi submit drawing.


Bos: Cuba kamu fikir, kalau lelaki yang berkahwin tu masih mentah, tak matang, masih hidup enjoy dengan kawan kawan, just nak kahwin tapi taknak ambil tanggungjawab sebagai suami, tanggungjawab untuk keluarga, hahh fikirkan masa depan isteri tu. Kalau becerai berai mana nak letak maruah keluarga? Umur 20 tahun dah jadi janda. Bayangkan kalau jadi macam tu. Ibu bapa ni dah fikir semua tu sebab sayangkan anak anak.

Aku : Hmm..kalaulah bos diberi pilihan, mana yang bos pilih..antara KAHWIN " tapi kalau"
BERCERAI?
atau, TIDAK BERKAHWIN "tapi kalau" MENGANDUNG?.. TIDAK
BERKAHWIN "tapi kalau" BERZINA?


Masa ni aku dah cuak sikit, melampau sangat ke statement aku ni. Ahhh selamber je lah, nak tengok macam mana bos ni nak betah lagi.

Bos : Saya yakin dengan didikan saya terhadap anak anak saya. Walaupun gejala sosial sekarang ni dah jadi isu besar, namun yang melampau tu cuma segelintir saja. Saya yakin anak saya tak termasuk dalam golongan tu. Dalam seribu pasangan, yang bodoh buat kerja terkutuk tu mungkin satu atau dua.

Aku : Bos, mak ayah remaja lain pun yakin dengan anak mereka. Mereka pun beri didikan
sempurna, yang sekolah agama, yang hafal Al-Quran, yang bertudung litup, berkopiah. Baru baru ni kes di UIA kena tangkap zina perempuan tudung labuh dengan lelaki berkopiah dalam blik kuliah. Haa saya yakin, kalau tanya mak ayah mereka sehari sebelum kejadian, mak ayah pun akan jwab sama macam bos jawab sekaran. Persoalannya, mengapa? Didikan macam mana lagi nak diberi?
Namun itu bukan soal yang saya nak utarakan. Saya lebih suka menyentuh jalan penyelesaian, bukan merewang menyalahkan sistem dan sebagainya. Baru minggu lepas pelajar UM di Vista Angkasa bertudung elok, ada hidden camera rakam diorang tengah syok berzina. Masuk edisi siasat lagi bos. Sampai bila kita kita nak tuding jari pada org lain?


Bos : Macam mana kalau keluarga kurang berkemampuan? Tak ada duit nak belanja kawin, nak buat kenduri, hantaran semua? ingat pihak keluarga perempuan nak bagi kahwin mudah mudah? Diorang pun nak buat kenduri kendara, nak berbelanja meraikan anak menantu. Cuba tanya mana mana mak ayah, siapa yang taknak buat kenduri kahwin anak?

Kalau nak kahwin setakat jumpa tok kadi tak payah kenduri, kahwin muda, huhh dalam 100 mak ayah mungkin 1 je kot yang sanggup.

Aku : Perlu ke kenduri kendara besar?. Itulah, masyarakat kita dah dididik bila kahwin mesti ada kenduri kendara. Baju pengantin, hantaran berarak, berkompang. Itu semua tradisi, bukan hukum shara' yang mesti kita ikut. Yang paling penting akad nikah, saksi wali ,mas kahwin, dan kalau nak tambah buat doa selamat.

Bos: Kamu ni fikir ekstrem sangat. Perkahwinan yang kamu utarakan cuma sesuai untuk pasangan yang bermasalah, tak tahan nak melampiaskan nafsu masing masing. Bukan semua pasangan kekasih remaja berfikir sebegitu. Kebanyakannya hanya untuk mendapatkan teman,berbincang isu pelajaran, bincang masalah.

Mungkin keluarga jauh, jadi sudah fitrah manusia perlukan kasih sayang. Saya pasti remaja yang matang dan bervisi tidak menjadikan perkahwinan sebagai jalan keluar masalah. Paling penting diri remaja tuh sendiri. Tahu apa dia buat, ada batas dan sempadan. Remaja sendiri boleh menilai mana baik dan mana yang buruk.

Aku : Betul begitu? Bos cuba tanya pencuri, dia tahu mencuri tu salah, tapi kenapa dia mencuri? Cuba kita soal siasat student medic yang kene tangkap tu. Selama dia belajar nak jadi doktor ni dia tau tak berkhalwat tu salah? Kita tanya student UIA yang bertudung labuh tu, dia ada belajar tak hukum zina? Jadi soalnya bukan pemikiran menilai yang mana baik atau buruk. Hal sebegitu semua orang boleh menilai, sekadar menilai je lah, macam mana pula dalam aspek pelaksanaan?

Bos : Tak semua org sama. Setiap individu ada nilai yang dia pegang, ada pendirian,ada
jatidiri. Tak semua remaja Malaysia akan buat kerja bodoh macam berkhalwat semua tu walaupun mereka bercouple.

Kamu cuma bercakap mewakili golongan minority, penyelesaian kamu sesuai untuk golongan minoriti. Takkanlah pasangan yang keluar makan bersama, bersiar siar di tempat awam, kita nak hukum mereka berkahwin?

Kamu seolah olah menjangkakan semua couple akan buat perkara perkara buruk, tak senonoh, jijik. Salah cara kamu berfikir tu. Tak semua orang sama.

Aku : Bos pernah dengar certia Nabi Noh dan bahtera? Dalam al-Quran ada cerita ni, saya rasa bos tahu cerita ni, Nabi Noh arahkan umatnya membina bahtera di tengah padang pasir, dia mengatakan bahawa akan datang banjir besar yang akan menenggelamkan padang pasir kering kontang tu. Dia mengatakan sebegitu ketika keadaan cuaca terik padang pasir sentiasa membakar saban hari.

Mengapa Nabi Noh begitu yakin? Ya kerana perintah dari Yang Maha Esa. Semua orang kata Nabi Noh gila masa tu. Umatnya tak percaya sebab memang tak logik. Akhirnya, lihat apa yang terjadi? semua tenggelam kan? 

Sama juga konteksnya dalam perbincangan kita ni. Kita diajar "jangan mendekati zina" perintah dari Tuhan yang sama. Tuhan yang memerintahkan Nabi Noh membina bahtera.

Apa huraian maksud ayat "jangan hampiri zina"? Janganlah kita buat apa apa yang boleh mengarah kepada zina kan? Contohnya janganlah keluar berdua lelaki, perempuan, makan bersama, bertelefon, bermesej mesej. 

Jadi konklusinya, perintah ayat itu seiras macam peringatan tuhan terhadap kaum Nabi Noh. Apakah kita tidak percaya? apakah kita tidak yakin? Sampai bila kita mampu bertahan pada nilai nilai baik ketika berpasangan, sedangkan Tuhan sudah memperingatkan apa yang bakal berlaku? seperti mana kisah Noh dan bahtera?

Bos: Jadi sekarang bagaimana?

Uhh tekejut aku tiba tiba dia tanya soalan macam tu. Seolah olah sudah bersetuju. Aku jadi down masa tu. Tiba tiba aku down. Selalunye begitu, aku akan down bila bincang isu mcm ni.

Bos : Haa kamu bercakap pandai, kamu dah ada makwe?

Aku : Ada.

Bos : jadi?

Aku : Saya sentiasa berperang dalam jiwa nurani saya, tetapi fikir saya masih waras, tidak melakukan dosa nyata, tetapi hakikatnya tetap berdosa, berjumpa makan bersama. Saya tetap dikira berdosa.

Saya tidak redha namun harus bagaimana saya lakukan? Walau dia bejaya saya didik hari demi hari, menutup aurat bertudung sempurna tapi saya tetap berdosa juga. Memutuskan hubungan? Atau cara lain bagaimana? Bukan saya sorang, tapi ramai lagi bos kawan kawan senasib di luar sana, walau ilmu agama bersepuk dikepala, kami berperang dengan umur yang ada, ingin nikah kerana mengenang beban dosa, tetapi kalau ibu bapa kami masih berfikir seperti bos, lalu harus bagaimana?

Adakah penerangan sebegini memadai untuk dipecaya?

Bos : ……

- Siakap Keli

BACA: Penat Kumpul Duit, Tapi Habis Digunakan Dalam Masa Sehari Sahaja, Lelaki Ini Tegur Mereka Yang Gunakan Duit Hantaran Untuk Majlis Perkahwinan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "