Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Lelaki Tunjuk Aksi Ekstrem Angkat 10kg Air Dengan Hanya Guna Kelopak Mata

16 Mac 2017

Percaya atau tidak, lelaki ini telah membuktikan dia mampu mengangkat 10kg air dengan hanya menggunakan kelopak matanya.

Song Tao, 43, telah mempamerkan aksi ekstrem itu di pentas sejak 26 tahun yang lalu.

Lelaki dari Dongying, China, itu juga menamakan aksi itu sebagai 'eyelid bucket-lifting'.

Dia berjaya mengangkat air itu dengan menggunakan butang besi yang dimasukkan ke dalam matanya.

"Dulu, saya seorang penari", kata Song.

"Ketika sedang menari di Guangxi, saya terjumpa dengan seorang guru (yang mengajar eyelid bucket-lifting)." kata Song menjelaskan bagaimana dia belajar membuat aksi tersebut.

Bagi membuktikan dia tidak menipu, Song mengangkat dua baldi air di setiap tangannya ketika melakukan aksi terbabit.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "