Namun begitu, bagi anak kecil, bagaimanakah caranya untuk kita mengetahui akan sakit yang mereka alami memerlukan rawatan yang segera?
Menerusi perkongsian dari seorang doktor, iaitu Dr Dayang Anita Aziz, terdapat cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa, dalam melihat adakah mereka memerlukan rawatan yang segera, atau tidak, berdasarkan beberapa masalah kesihatan yang mereka alami.
Mari kita ikuti perkongsian darinya untuk mengetahui cara yang boleh dilakukan.
#ChildSafety siri 7
Ramai ibubapa bertanya macam mana nak tahu awal-awal yang anak mereka, bayi terutamanya kekurangan air atau sakitnya dah tahap serius selepas satu atau dua hari demam, berak-berak, berlaku perdarahan mengejut atau sebagaimananya.
Mari kita kongsi beramai-ramai petanda berikut:
1. Tekan tulang dada
A: Tekan selama 5 saat.
B: Blanching effect -kulit ditekan menjadi pucat. Kira berapa saat tempat yg ditekan pulih ke warna asal. Normal ialah kurang dari 2 saat.
Tekan tulang dada (sternum-lihat foto) dengan hujung jari selama 5 saat, lepaskan jari anda dan kira berapa saat tempat yang ditekan tadi pulih ke warna kulit asal. Ujian ini dipanggil #CapillaryRefillTime (#CRT).
Seorang bayi yang serius sakitnya, mengambil masa lebih dari 2 saat untuk Blanching effect balik ke warna asal. Bayi ini perlu rawatan segera.
Anak yang normal CRT atau tempoh tempat yang ditekan pulih ke warna kulit asal ialah kurang dari 2 saat. Jika jangkamasa CRT 3 saat atau lebih maksudnya anak tersebut perlukan bantuan resusitasi dengan memasukkan Saline secara intravenous drip (IVDrip) atau selalu dirujuk masuk air ikut darah SEGERA. Jangan Tunggu Lagi. Mesti ke Hospital SEGERA.
2. Kurang urin atau kencing
Kurang urin atau kencing, pampers kering pada masa-masa yang selalunya anak tersebut telah kencing. Ambil perhatian bila anak last sekali kencing jika anak anda tidak lagi menggunakan pampers atau lampin.
3. Degupan jantung
Degup jantung anak-anak ini laju dari biasa. Letakkan telinga di dada mereka bila masa mereka sihat-itulah denyut jantung mereka yang normal. Bila mereka tidak sihat atas sebarang penyebab misalnya demam, denyut jantung akan lebih laju dari biasa tetapi akan pulih bila demam reda selepas diberi ubat demam/paracetamol.
Jika berlarutan walaupun telah diberi ubat, segera dapatkan rawatan perubatan. Ingatlah jantung yang tidak henti-henti berdenyut laju akan letih pada satu ketika dan boleh berhenti menyebabkan anak hilang nyawa.
#SemogaPerkongsianIniBerolehManfaat