Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mula Kenal Gitar di Usia 4 Tahun, Rekod Lagu Pada Usia 13 Tahun & Albumnya Terbarunya Pecah Rekod Carta, Tapi Ed Sheeren Masih Couple Dengan Crush Zaman Sekolahnya - Seorang Konsultan

13 Mac 2017


Biarpun sudah digelar seorang bakat yang 'rare', Ed Sheeran dilihat sebagai seorang artis yang masih merendah diri dan seperti orang-orang kebanyakan.

Tidak seperti artis-artis antarabangsa lain, Ed Sheeran dilihat tidak terlalu menunjukkan hartanya - biarpun dia kini dianggarkan bernilai £50million (RM 272 juta) - seperti mana yang dilapor oleh majalah OK!.

Menurut OK! juga, Ed Sheeren sekarang sedang bercinta dengan seorang kenalan sekolahnya dulu, Cherry Seaborn sejak 2015 lagi.

Lagi mengejutkan, Cherry Seaborn bukannya seorang selebriti atau model. Dia adalah seorang konsultan. Malah, Ed Sheeren pernah menyifatkan Cherry sebagai 'wife material' yang mungkin menunjukkan hint dia akan menjadikan Cherry sebagai isterinya nanti.

Penyanyi dan komposer yang terkenal dengan lagu hit Shape Of You itu juga merupakan seorang yang peramah dan tidak kekok apabila menemui peminat dengan penampilannya berkacamata dan berpakaian biasa.

Cherry Seaborn adalah rakan satu sekolah Ed Sheeran. Ketika di sekolah, Ed Sheeran sudah mula berminat dengan Cherry tapi malangnya Cherry sudah mempunyai teman lelaki ketika itu. Jadi, Ed Sheeran dan Cherry kekal sebagai kawan sahaja.

Selepas habis belajar, mereka tetap berhubung dan rumor mengenai hubungan mereka berdua mula timbul pada 2015 apabila mereka dilihat bersama menonton satu permainan basebal di New York.

Seaborn dan Sheeran kemudian terpaksa melalui long distance relationship untuk hampir setahun sebelum mereka membuat keputusan untuk serius dalam hubungan tersebut.

"Ini kali pertama saya jatuh cinta betul-betul," kata Sheeran kepada Zane Lowe dalam satu temuramah radio.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "