Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mufti Kesal Tajuk Portal Berita Bercanggah Dengan Kesimpulan, Timbulkan Sentimen Negatif Kepada Institusi Fatwa

22 Mac 2017
No Comment

Nampaknya sejak semalam  panas di laman sosial kisah dua buah portal berita yang telah melaporkan ulasan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai perbuatan khalwat dalam teksi, Uber, serta GrabCar.

Pejabat mufti dalam satu kenyataan melahirkan rasa kesal dengan dua portal berita berkenaan selepas menyatakan tajuk laporan yang dibuat portal berkenaan tidak jujur dimana menimbulkan persepsi buruk terhadap institusi Mufti dan mencemarkan kredibiliti dan pendirian Pejabat​ Mufti dikalangan pembaca Muslim dan Non Muslim.

Jom kita baca

PERINGATAN KEPADA DUA PORTAL BERITA

1. Tajuk yang diberikan oleh dua akhbar ini jelas bercanggah dengan kesimpulan yang kami nyatakan.

2. Jika hanya melihat tajuk tanpa membaca kandungan, pembaca jelas akan menafsirkan bahawa Mufti melarang perbuatan khalwat dalam teksi, Uber, serta GrabCar. Ia juga memberi sentimen negatif kepada institusi fatwa yang sering dikaitkan dengan hal-hal yang negatif walaupun ia adalah sebaliknya. 

Tanpa menafikan saranan berkenaan, kami berpandangan sekiranya pihak ********* jujur dalam memberi laporan, sewajarnya kesimpulan akhir kami yang mengharuskannya berserta dhawabit yang telah kami sebutkan, lebih wajar dijadikan tajuk utama. 

3. Persepsi buruk akan berlaku dengan tajuk yang seakan sekadar mengejar visitor hits seperti ini yang akan membawa kepada perasaan tidak senang pembaca Muslim dan Non Muslim dengan isu yang kami ulas. 

Ini juga mengundang komentar negatif yang boleh mencemarkan kredibiliti dan pendirian Pejabat​ Mufti yang konsisten membawa gagasan keterbukaan yang berlandaskan syarak serta keharmonian antara kaum dan agama. 

Sebagai contoh yang berkaitan, isu Uber dan UberEATS yang mana secara jelas Mufti Wilayah Persekutuan memberikan solusi yang meleraikan kekeliruan pemandu Uber dan UberEATS Muslim, tidak pula dijadikan laporan oleh ********** dan **** ******** *****

Baca: PERSOALAN BERKENAAN UBER DAN UBEREATS

4. Kami menyeru kepada ********** dan **** ******** ***** untuk lebih berhati-hati dalam memberikan laporan kerana kebanyakan laporan-laporan berkenaan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini, tidak mencerminkan sikap media yang jujur dalam melaporkan sesuatu isu.

Artikel Asal Mufti: HUKUM BERDUAAN DI DALAM KENDERAAN BERSAMA PEMANDU BUKAN MAHRAM

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "