Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dengan Sekeping Nota Ringkas, Nyawa Tiga Ekor Anak Kucing Berjaya Diselamatkan

22 Mac 2017

21 Mac - Dengan sekeping nota ringkas, tiga nyawa anak kucing berjaya diselamatkan dalam satu kejadian yang diceritakan hari ini.

Pengguna Facebook, Nur Izzah Zabidi, menceritakan kisah yang menimpa ibunya di laman media sosial itu serta mengucapkan terima kasih kepada individu yang bertindak meninggalkan nota tersebut kereta ibunya itu.

Nota terbabit meminta agar ibu Nur Izzah memeriksa dahulu sekiranya ada kucing di bawah kereta sebelum menghidupkan kenderaan itu.

"Tuan/Puan. Ada bunyi anak kucing kecil datang dari bawah kereta anda. Saya sangat berterima kasih kalau anda boleh memeriksa dahulu sebelum memulakan enjin kereta anda.

"Terima kasih." tulis nota tersebut.


Gambar yang dimuat naik oleh Izzah memaparkan kegigihan beberapa orang anggota bomba ditemani oleh pelajar sekolah dalam usaha mencari dan menyelamat.

TQ abam bomba

Hasilnya, tiga ekor anak kucing kecil berwarna oren berjaya diselamatkan.

Tiga ekor anak kucing yang berjaya diselamatkan



Nur Izzah menulis di Facebook:

"Usaha yang dilakukan untuk menyelamatkan tiga ekor anak kucing ini sangat menakjubkan. Dan siapapun yang tinggalkan nota di atas kerea ibu saya, terima kasih.

"Kamu baru sahaja selamatkan tiga nyawa."

Satu tindakan yang ringkas berjaya tetapi berjaya menyelamatkan nyawa. Diharap kisah yang dikongsi oleh Nur Izzah ini menjadi inspirasi buat semua.

Sumber: Nur Izzah
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "