Bila cerita bab kahwin ini, sudah pasti kena buat persediaan yang rapi, dari makanan, dewan, khemah, pelamin, ‘make-up’, ‘photographer’, mahu pun hantaran.
Kalau hantaran pula, kalau boleh nak istimewa sikit, dan berpatutan. Jika boleh buat sendiri, lagi menjimatkan, dan ianya tidaklah begitu sukar, kerana menurut perkongsian dari saudara Nauf Safuan ini, tidaklah begitu sukar untuk buat, dan bahan-bahan yang perlu pun mudah didapati.
Jom kita ikuti perkongsiannya, macam mana nak D.I.Y dulang hantaran sendiri.
DIY DULANG HANTARAN
Malam tadi sempat siapkan hantaran untuk sepupu. Aku buat simple simple ja. Tapi lip lap lip lap. Glamour.
Kain kilat tu kalau beli kat kedai bunga mahal sikit. Sebab kat kamdar atau kedai kain biasa pun ada jual. Lebih murah, untuk 7 dulang cuma pakai 1 1/2 meter ja kain.
Gam pakai gam lilin. Aku nak cepat semalam. Baru pindah, rumah serabut. Tak tau gam tu kat mana. So, aku tibai ja pakai gam uhu.
Selepas ini, anda boleh la cuba buat sendiri, ikut kreativiti masing-masing, mana tahu anda boleh buat dulang hantaran bersesuaian dengan tema, atau keinginan anda sendiri. - Siakap Keli