Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Maafkan Ibu Khaif, Kerana Tak Makan Asid Folik Seawal 3 Bulan Hamil, Umur 5 Tahun Khaif Dan Kena 18 Kali Operation"

11 Mac 2017
No Comment

Semua ibu bapa pasti akan teruja mendapat berita kehamilan sang ibu terutamanya bagi mereka yang kali pertama akan mendapat cahaya mata.

Semasa awal kandungan ibu perlu menjaga pemakanan mereka dengan baik terutamanya mangamalkan asid folik bagi membantu perkembangan bayi yang akan dikandungnya.

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Walaupun ianya bukanlah sesuatu yang sering berlaku, tetapi ada seperti yang diceritakan oleh seorang ibu bernama Sara ini di mana kerana tidak mengamalkan asid folik di awal kandungan, anaknya menderita spina bifida.


Saya Sarah... masa saya menuntut di UITM dulu saya berkenalan dgn senior saya Faris... Faris org yang kuat sukan.. kuat ibadat dan baik akhlaknya....

Sifat jujur yang ada padanya antara sebab kenapa saya bersetuju dgn lamaran Faris. Kami bertunang & berkahwin pada usia 24 tahun. Hanya ALLAH yang tahu betapa indahnya perasaan ketika itu. 

Antara topik yang paling kami suka sembang adalah ANAK. Seronok kan bila bercakap pasal anak? Rasa semakin erat hubungan kami. syukur sangat.. selepas 2 bulan jadi wife, saya disahkan pregnant... 

Happy yang tak terkata bila Faris tengok UPT saya double line. Sebenarnya Faris yang tak sabar untuk checkkan sebab saya delay period 2 minggu & pening pening. 

Sangat terharu masa tu bila suami saya - Faris, menangis & memeluk saya sebab terlalu happy. Katanya ini hadiah buatnya & dia berjanji akan jadi suami dan ayah yang baik. 

Walaupun kandungan baru 2 bulan, Faris akan datang sentuh sentuh perut saya dan bercakap cakap dengan anak kami ni, Sungguh indah moment tu. 

Disebabkan Faris ada skil menukang, dia buat katil anak kami dengan sendiri, sampai luka tangan Faris tercucuk paku. Tapi dia tetap happy dengan semua tu sebab tak sabar nak jadi ayah. 

Kami berdua merancang macam macam untuk anak kami. 

Faris siap cakap nak anak kami main badminton & bola dengannya. 

& saya pula sangat nak ajak anak kami ni bakar ikan masa berkelah nanti... Allah... anak dalam perut ni baru 5 bulan... tapi macam macam kami plan.... =)

Seperti anda, saya pun sama... kami impikan anak kami dikurniakan kesempurnaan fizikal & mental. 

Bila kami sgt teruja dgn anak yang bakal lahir ni.... masa checkup bulan ke 5 kandungan.... kami diuji dengan news yang sangat sedih....

Anak kami menghidap Spina Bifida! 



Allah..... ujian apalah ini.... Bukankah itu penyakit melibatkan saraf tunjang?????!!!

Doctor sahkan... punca penyakit ini disebabkan saya tak makan asid folik seawal kehamilan lagi. 

Terberhenti jantung saya ketika itu... rasa bersalah & air mata mengalir ini dah tak mampu padamkan rasa bersalah kerana tak ambil berat & x alert mengenai semua ni.

Saya betul tak makan asid folik sebab saya tak tahu! 

Rupanya asid folik perlu dimakan seawal 3 bulan sebelum hamil!

Down sangat saya masa tu... 

Faris seakan menerima takdir & memujuk saya. Tapi saya sering kali sedar, selepas kami dimaklumkan perkara sedih tu Faris banyak menangis di sejadahnya selepas solat.

Maafkan Sarah abang.... Sarah tak ambil tahu semua ilmu ni.. Sarah ingat lepas kahwin kita dah boleh menimang cahaya mata sebab kita saling sayang menyayangi. 

Khaif lahir secara caesarean, luluh hati saya bila lihat ada sesuatu seperti ekor di belakangnya. 

Doktor cakap ada cara untuk merawatnya namun dengan kos yang agak tinggi. Kalaulah saya ambil berat mengenai ilmu kehamilan ni...mesti segalanya indah sekarang.

Walaupun kami redha dgn kelahiran Khaif.. kami tetap diuji dengan pandangan masyarakat terhadap anak kami... 

Selepas beberapa hari Khaif lahir, Khaif demam panas, sekali lagi kami diduga. Khaif disahkan mengalami Hydrocephalus. 



Bila org nak dekati khaif pun diorng takut.. sebab kepala khaif lagi besar dari biasa.... 

Kini khaif dah 5 tahun... tapi dalam tempoh 5 tahun ni.. dah 18 kali anak ibu ni berdepan operation.... 

Saya dah berhenti kerja masa khaif disahkan menghidap penyakit ni lagi. 

Suami bekerja sebagai guru sekolah menengah... & kehidupan kami tak seperti apa yg kami idamkan dulu... 

Semuanya lain sekali... 

Biarpun kita perlu percaya dengan takdir ilahi, namun sekurang kurangnya jika saya alert, pastinya tak akan seteruk ini. 

Maafkan ibu Khaif.... semua ini salah ibu..... Maafkan Sarah abang.... Sarah musnahkan impian abang untuk anak kita.... Khaif...9bulan10hari

Rujukan: babycenter

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "