Untuk menjawab persoalan sebegitu, kita seharusnya memahami dengan baik akan perkara ini, dan sampaikan apa yang sebetulnya kepada mereka.
Dalam hal ini, seorang pendakwah, iaitu saudara Firdaus Wong Wai Hung telah kongsikan menerusi laman Facebooknya, akan persoalan yang sering menjadi perbualan atau tanda tanya oleh mereka yang bukan Muslim, iaitu mengenai, ‘adakah Kaabah ‘Berhala’ Sembahan’?
Bagi mengetahui penjelasan yang lebih mendalam akan perkara ini, mari kita ikuti perkongsian darinya.
Ramai dikalangan non muslim yang beranggapan umat Islam menyembah Kaabah sepertimana Idolatry (sembahan berhala) seperti dalam sebahagian agama lain yang menyembah berhala. Lalu mereka mendatangkan beberapa persoalan dengan beranggapan orang Islam benar-benar menganggap Kaabah itu adalah bahan sembahan, antaranya:
1) Mengapa ketika solat harus sujud dan menyembah depan Kaabah?
a) Di dalam Islam terdapat arah untuk umatnya menghadap ketika solat yang dikenali sebagai kiblat. Pada suatu ketika dahulu umat Islam solat menghadap (kiblat) ke arah Baitul Maqdis sehinggalah diarahkan oleh Allah untuk bertukar ke arah Kaabah (Surah al Baqarah 142-144).
Kaabah adalah Rumah Allah yang merupakan kiblat (arah untuk menghadap ketika solat) dan bukan bahan sembahan. Jika ditakdirkan Kaabah itu dialihkan ke tempat lain sekalipun nescaya umat Islam tetap menghadap ke sana kerana ia adalah arah dalam solat.
b) Ia tanda kesatuan umat Islam, sekiranya tidak ada arah khusus maka orang akan solat dengan menghadap ke arah yang mereka mahu sesuka hati mereka seperti menghadap ke utara, selatan dan sebagainya, situasi itu akan dilihat tidak ada kesatuan. Sepertimana dilihat orang berbaris (berkawad) memiliki keselarasan dan kesatuan di dalam perbarisan itu. Begitu juga keselarasan dan kesatuan umat Islam dalam beribadah dengan memerlukan kiblat.
Hal ini terbukti apabila dilihat bagaimana situasi jutaan jemaah haji ketika tawaf di Kaabah dapat membentukkan saf (barisan) di dalam solat dengan sangat teratur dan mereka mengikut imam dengan cara yang selaras walaupun mereka dari pelbagai benua di seluruh dunia dan mereka yang pertama kali ke sana dapat mengikut rentak solat dengan selaras. Itulah tanda kesatuan.
c) Malah Kaabah juga pernah dibina dan diubah kelebarannya dan pada hari ini umat Islam mengetahui bahawa bentuk asal Kaabah memiliki kelebaran yang sedikit besar iaitu melingkupi hijr Ismail berbanding dengan binaan sekarang.
d) Bukti Kaabah bukan bahan sembahan adalah, semasa pada zaman nabi muazin akan melaungkan azan di atas Kaabah. Sekiranya ada yang mengatakan bahawa Kaabah itu adalah berhala sembahan, Mungkin boleh untuk kami bertanya kepada orang yang mendakwa orang Islam menyembah Kaabah: siapakah penyembah berhala berdiri dan memijak di atas berhala yang disembah? Tidakkah perbuatan itu dikira menghina?
e) Malah kini terdapat banyak gambar dan lukisan Kaabah yang terdapat di sejadah (kain hamparan solat) dan ramai juga yang melangkah dan memijaknya. Sekira dikatakan Kaabah itu adalah idolatry, perbuatan sebegini tidak akan dilakukan oleh orang Islam. Persoalannya, adakah gambar sembahan boleh dipijak di dalam agama lain?
f) Begitu juga di dalam sejarah merakamkan Kaabah pernah beberapa kali runtuh dan dibina semula. Persoalannya adalah, adakah umat Islam akan berhenti daripada melakukan solat sekiranya Kaabah runtuh? Sudah tentu tidak, ini kerana Kaabah bukanlah idolatry di dalam Islam.
a) Situasinya tidak sama. Benar berdoa dan solat di depan Kaabah adalah mustajab dan mendapat pahala yang besar berdasarkan beberapa hadis menyebutnya. Sebab dalam Islam terdapat anjuran untuk berdoa pada sesuatu masa dan tempat yang menjadikan doa itu mustajab. Antara doa yang mustajab mengikut masa seperti 1/3 malam terdapat di dalam hadis Bukhari no.1145, Muslim no. 758.
Begitu juga solat yang mendapat pahala yang besar terutama di Masjidil Haramain dalam hadis Muslim no. 1394. Kondisinya tidak sama dengan golongan penyembah berhala. Terdapat perbezaan di antara situasi berdoa kepada bahan sembahan (idolatry) dengan berdoa di sesuatu kawasan atau masa.
b) Persoalan ini juga sebenarnya sudah memahami situasi ini sebab itu ia menyebut “berdoa depan Kaabah mustajab” dan bukan “berdoa kepada Kaabah mustajab”. Umat Islam melakukan perkara itu berdasarkan kepada teks dan sumber wahyu.
c) Menarik juga untuk dibandingkan konsep ini dengan agama lain iaitu mengenai perbuatan menyembah dan meminta kepada berhala (idolatry). Persoalannya adalah, adakah perbuatan menyembah dan mengukir patung itu memiliki sumber dan suruhan di dalam teks agama utama mereka?
Dalam menghadapi situasi ini ada baiknya merenungi firman Tuhan yang sebenar menyebut bermaksud:
“Dan sebahagian dari tanda-tanda kebesaran-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah kepada matahari dan jangan (pula) kepada bulan, tetapi sembahlah kepada Allah yang menciptakannya, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya.” (Surah al Fussilat: 37)
3) Umat Islam dilihat seperti mensucikan Kaabah dengan mencium batu Hajarul Aswad.
a) Di dalam Islam terdapat suatu amalan yang mana ia dikenali sebagai sunnah. Sunnah adalah segala perbuatan, percakapan dan pengakuan nabi Muhammad yang akan dicontohi oleh umatnya. Mengenai mencium batu hajarul aswad itu adalah sunnah nabi Muhammad dan batu itu tidak ada kelebihan apa-apa pun.

Malah sabahat nabi, Sayyidina Umar al Khattab pernah mengatakan kepada batu itu, bermaksud: “Aku tahu engkau adalah batu dan tidak mendatangkan sebarang manfaat ataupun kemudaratan. Jika tidak kerana aku melihat nabi menyentuh (dan mencium) kamu, nescaya aku tidak akan menyentuh (dan mencium) kamu” (Shahih Bukhari, jilid 2, buku Haji bab 56 no 675). Perbuatan itu dibuat adalah tanda mengikuti perbuatan Rasul. Sepertimana umat Islam sinonim dengan mencintai rasul dan mengikuti sunnahnya.
b) Malah umat Islam juga disunnahkan untuk mencium kanak-kanak (HR Al-Bukhari no 5997, 5998 dan Muslim no 2318, 2317). Persoalannya, adakah kanak-kanak itu menjadi simbol idolatry kepada Islam apabila nabi Muhammad menyuruh untuk menciumnya? Sudah tentu tidak. Ia dilakukan kerana sunnah nabi melakukan perkara itu.
c) Malah di dalam sejarah merakamkan batu hajarul aswad ini pernah dicuri oleh puak Qaramitah selama 22 tahun. Dalam tempoh batu itu dicuri, umat Islam tetap melakukan ibadah umrah dan haji seperti biasa. Malah bukanlah menjadi kewajipan untuk mencium batu hajarul aswad itu dan ia dianjurkan untuk memperingati dan mengikuti langkah nabi Muhammad ketika tawaf di Kaabah.
Kesimpulan
Kaabah adalah Rumah Allah dan bukanlah sebuah bahan sembahan tetapi ia adalah sebagai tanda kesatuan di dalam ibadat.
Wallahua'lam
- Siakap Keli