Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mempunyai Kekerapan Untuk Ke Tandas Tetapi Risau Mengganggu Penumpang Lain Dalam Kapal Terbang, Tip Ini Mungkin Boleh Membantu Anda Menanganinya

23 Mac 2017
No Comment

Gambar Hiasan

Buat mereka yang selalu ‘travel’ sudah pasti biasa menaiki kapal terbang, dan bila dalam perjalanan jauh, pastinya akan duduk di bahagian tingakp untuk melihat permandangan di bawah.

Namun begitu, bila perjalanan yang panjang, kita mesti akan dihidangkan dengan makanan, serta ada masanya perlu menggunakan tandas untuk membuang air.

Jika sekali-sekali tidak mengapa, tapi, bagaimana pula buat mereka yang mudah, atau kerap untuk membuang air, pastinya akan mengganggu penumpang lain kerana perlu melalui dihadapan mereka.

Mungkin dengan perkongsian dari laman Nota Perempuan Backpacker ini, anda boleh membuat pilihan tempat duduk yang sesuai, juga mengatur masa untuk ke tandas bila mana perjalanan panjang menaiki kapal terbang.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Tip selesa perut lagi menyelesakan orang lain apabila naik kapal terbang

a. Seat tepi laluan

Kau kaki kencing? Err... maksud aku... memang tubuh jenis mudah berkumuh? Ambil tempat duduk aisle (sebut: aiyl) iaitu seat tepi laluan. Jangan ambil window seat mahupun seat tengah. Terutama jika penerbangan lebih 3 jam.

Kalau kau jenis cepat sakit belakang duduk lama-lama pun sama. Ataupun jenis hobi kejap-kejap ambil / simpan beg di ruang penyimpanan di atas. Pandai-pilih pilih aisle seat supaya senang bangun duduk bangun duduk. Kalau perlu beli, beli. Jangan kedekut tengkuk dalam sampai menyusahkan orang lain.


b. Bila waktu patut pergi toilet?

(1) Di balai perlepasan, sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masuk pesawat (boarding time).

(2) Sebaik isyarat pakai seat belt dipadamkan selepas take off. Yakni sebelum flight attendants (FA) mula menggerakkan troli makanan.

(3) 1 jam sebelum landing time. Pilot akan buat pengumuman untuk persediaan landing dalam 30 minit sebelum. Selepas pengumuman tu dibuat, kita dah kena pakai seatbelt dan tak boleh ke toilet lagi.

(4) Selepas keluar dari pesawat. Di airport banyak toilet. Buanglah puas-puas.


c. Perhatikan penumpang seat sebelah

Kalaulah kau duduk juga di window / middle seat, dan tak tertahan nak ke toilet, perhatikan orang yang duduk di aisle seat tengah buat apa. Kau nampak dia sedang makan ataupun FA sedang sibuk bahagikan makanan, jangan masa tu juga kau sibuk nak keluar. 

Kau bayangkan kalau kau tengah makan, time itulah orang sebelah minta nak lalu... dah kau kena lipat meja. Makanan atas meja yang kau tengah suap tu macam mana? Sebab tu perlunya kita plan bila nak ke toilet. Kalau tak rasa pun, paksa keluarkan juga demi keselesaan sejagat.

d. Jaga pemakanan

Elakkan makan pisang / minum susu berlaktosa / kopi ataupun apa-apa yang menjana pembuangan aktif sebelum naik flight.

e. Mohon maaf

Kalau terpaksa juga, pandai-pandai minta maaf pada orang yang duduk di aisle seat. Bukannya buat muka seolah orang tu menyusahkan kau yang banyak bahan buangan, padahal kau yang sangat menyusahkan dia.

Kesimpulannya, kita manusia ada akal. Guna common sense.

Jangan jadi macam ayam. Time kereta lalu, time tu lah menggelabah nak melintas.

Kita merasakan tindakan yang dibuat adalah biasa, dan fikir orang lain tidak kisah, namun mungkin mereka tidak selesa apabila kita kerap melalui depan mereka, jadilah penumpang yang bertoleransi sesama orang lain. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "