Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Maybank Tawar Cuti Bersalin Setahun Kepada Kakitangannya Sempena Hari Wanita Sedunia

9 Mac 2017
No Comment

KUALA LUMPUR: Maybank semalam telah mengumumkan tawaran cuti bersalin sehingga 365 hari berkuat kuasa 1 Mac lalu kepada kakitangan wanita mereka yang layak, menerusi dasar baharu institusi kewangan itu, lapor Berita Harian.

Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Manaf berkata, Dasar Penambahan Hari Cuti Bersalin yang dilaksanakan itu membolehkan kakitangan yang layak, menyambung cuti sehingga setahun dengan 90 hari cuti bersalin sedia ada bersama gaji penuh, tambahan tiga bulan lagi dengan separuh gaji, seterusnya enam bulan tanpa gaji.

Nora berkata demikian pada sambutan Hari Wanita Antarabangsa institusi terbabit di sini semalam di mana ia menjadikan Maybank institusi kewangan pertama di Malaysia menawarkan faedah itu.

"Dasar ini memberi peluang kakitangan wanita berdepan tuntutan sebagai ibu dan untuk bayi.

"Mereka perlu mengimbangi keperluan kerja dan kehidupan sebelum kembali ke pejabat dan melaksanakan peranan berkesan di tempat kerja," katanya.

Menurut beliau algi, tempoh cuti bersalin yang dilanjutkan ini sama sekali tidak akan menjejaskan rekod pekerjaan kakitangan, sebaliknya mereka akan turut mendapat perlindungan perubatan dan insurans mengikut gred ganjaran pekerjaan masing-masing.

"Polisi ini adalah sebahagian daripada pelbagai inisiatif Maybank untuk mewujudkan pengalaman tempat kerja yang menarik bagi kakitangan untuk berkembang maju dan memberi kekuatan mereka mengimbangi tuntutan kerja dengan kehidupan berjalan lancar," katanya lagi.

Reaksi kakitangan Maybank 

Indra Rani Apparow, 44 "Saya mempunyai dua anak dan berita ini amat bermakna sempena Hari Wanita Antarabangsa kali ini. Ini adalah penghargaan Maybank kepada kakitangannya."

Siti Nur Ain Zainuddin, 24 "Walaupun belum berkahwin, saya gembira dengan tawaran cuti bersalin ini dan wajar direbut kakitangan. Sebagai penghargaan, kami akan bekerja lebih produktif dan bersemangat."

Rozimah Mohd Nazari, 33, "Tawaran ini menarik dan saya berharap, ia membakar semangat wanita bekerja dengan lebih baik dan produktif."

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "