Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Bukan Semua Cindy Ng Jahat La," Reaksi Lucu Apabila Ada Netizen Salah 'Serbu' Facebook Orang Lain Sama Nama Dengan Remaja Lawan Arus

16 Mac 2017
No Comment

Nampaknya sejak dua tiga hari ini heboh diperkatakan tentang kemalangan yang berlaku berhampiran tol Sungai Dua, Pulau Pinang selepas seorang remaja wanita telah memandu kereta melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan mengorbankan nyawa orang lain.

Rata-rata netizen tidak mengira bangsa telah menyatakan rasa berang dengan tindakan remaja berkenaan dan hasil siasatan pihak polis ternyata remaja berkenaan positif dadah dan dibawah pengaruh alkohol ketika kejadian.

Seperti biasa, jika terjadi perkara besar sebegini maka laman Facebook suspek sudah pasti menjadi ruang untuk netizen 'serang' dengan meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

Dilihat beribu-ribu komen telah diturunkan di laman Facebook model sambilan berkenaan dengan pelbagai kata-kata marah.

Namun, apa yang melucukan, ada netizen yang 'serbu tak pakai helmet', mana tidaknya habis mereka yang namanya sama dengan suspek turut menjadi mangsa.

Terbaru, page Facebook model terkenal yang juga merupakan Miss Malaysia, Cin-D Ng turut menjadi mangsa apabila ada netizen tersalah orang kerana nama hampir sama.

Ada segelintir mereka telah menurunkan komen yang tidak sepatutnya namun selepas menyedari mereka tersalah orang, komen berkenaan telah dipadam dengan rasa penuh malu.

Berikut adalah reaksi netizen yang menegur salah faham berkenaan.


Tahniah kepada mereka yang menurunkan komen meminta maaf, "Kerana seorang Cindy, habis rosak Cindy semalaysia". - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "