Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lima Orang Guru Aktif Hentam Kerajaan Sudah Diberi Surat Tunjuk Sebab

27 Mac 2017
No Comment

KUALA LUMPUR: Lima orang guru yang dikesan oleh Kementerian Pendidikan aktif berpolitik dan menghentam kerajaan di pentas pembangkang telah diberikan surat tunjuk sebab, lapor Berita Harian.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Mahdzir Khalid, sebagai berkata, semua guru berkenaan diberi tempoh dua minggu bagi menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan, baru-baru ini.

Beliau bagaimanpun tidak mendedahkan identiti guru berkenaan termasuk sekolah dan negeri di mana kelima-lima guru berkenaan berkhidmat.

"Siang mereka mengajar di sekolah, malam mereka aktif berpolitik dan menghentam kerajaan di pentas pembangkang.

"Kita juga dapati ada antara mereka mempunyai jawatan dalam parti pembangkang," katanya.

Mahdzir menegaskan walaupun Malaysia sebuah negara demokrasi dan menjadi hak mereka untuk menyokong mana-mana parti politik, guru sebagai kakitangan awam tetap terikat dengan peraturan dalam perkhidmatan awam. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "