Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Jangan Malu Kalau Kerja Kita Dari Sumber Yang Halal," Pesan Gadis Penjual Ikan Berkelulusan Diploma Ini

27 Mac 2017
No Comment

"Ikan baru! ikan baru! ikan baru!, bukan ikan bela tapi ikan sungai punya, mai beli buleh buat masak lemak, masak tempoyak, sedap buat gulai, sedap buat bakar-bakar cicah air asam," kedengaran suara kecil memanggil-memanggil orang ramai di pasar malam Lunas, Kedah.

Siapa sangka suara berkenaan milik Nur Ashikin binti Mohd Khalid, 23, atau lebih mesra dipanggil ,Ikin, gadis cantik molek yang sedang memanggil orang ramai membeli ikan yang diniagakannya di pasar malam berkenaan.


Ikin, pemegang Diploma Pemasaran dari Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim ini menyatakan dia begitu gembira dengan kerjanya menjual ikan air tawar ini.

Antara ikan yang diniagakannya adalah Ikan Lampam, Ikan Puyu, Ikan Talapia, Ikan Selat dan pelbagai lagi ikan air tawar, bergantung kepada keadaan cuaca.


Menurut beliau, minatnya berniaga ini adalah impiannya sejak kecil lagi selepas selalu mengikuti ayahnya yang juga merupakan peniaga ikan di pasar malam.

"Saya pernah ditawarkan kerja di bahagian pengurusan di sebuah kilang di Kulim selepas tamat pengajian peringkat Diploma, saya hanya bekerja sekejap saja disebabkan faktor suasana tempat kerja yang tidak berapa sesuai."

"Lepas itu saya telah membuat keputusan untuk berniaga ikan di pasar malam sepenuh masa, saya gembira dengan kerja ini kerana ianya fleksibel, tidak terikat dengan apa-apa kekangan seperti kerja makan gaji," katanya yang mengakui untung berniaga lebih tinggi dari pendapatan makan gaji.


Selain berniaga ikan, Ikin juga turut menjalankan perniagaan makanan ringan melalui laman sosial di mana turut mengiklankan jeruk asam boi dan ikan pekasam yang dihasilkan oleh keluarganya.


Pesan Ikin kepada graduan diluar sana, janganlah malu untuk mendapatkan rezeki yang halal walaupun nampak tidak 'standard' di mata orang, tetapi dipandang mulia disisi Allah.

"Jika belum dapat apa-apa kerja, mulakn diri dgn berniaga kecil-kecilan, belajar berniaga dengan niat menuntut ilmu, insyaAllah memang tidak akan rugi bila berniaga,"

"Janganlah malu, nak senang maka berniagalah, sesungguhanya berniaga ini adalah pekerjaan sunnah rasulullah S.A.W," jelasnya. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "