Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kenapa Mereka 'Menari Dalam Bulatan'?: Video Aneh Ayam Belanda Kelilingi Kucing Mati Jadi Viral

3 Mac 2017


Satu video aneh misteri yang merakamkan sekumpulan ayam belanda berjalan mengelilingi seekor kucing mati telah menjadi viral.

Video yang dimuat naik di Twitter itu memaparkan haiwan-haiwan itu mengelilingi bangkai kucing tersebut dalam bulatan yang hampir sempurna.

Pengguna Twitter @TheRreal_JDavis menulis: "Ini adalah perkara yang paling gila pernah saya nampak".

Kejadian aneh yang dirakam di Boston itu bukan sahaja menimbulkan tanda tanya orang ramai, malah turut menyebabkan pakar menjadi kelu.

Debra Kriensky, seorang pakar biologi di New York City Audobon memberitahu New York Post: "Perbuatan mengelilingi sedemikian adalah biasa bagi ayam belanda - si jantan biasanya akan mengelilingi betina apabila bersedia untuk mengawan - tetapi ianya sesuatu yang aneh apabila melihat banyak ayam ini mengelilingi benda lain sebagai contoh, kucing mati"

Alan Krakauer, pakar biologi dari University of California memberitahu The Verge bahawa haiwan itu mungkin sedang melakukan pemeriksaan pemangsa 'yang aneh'.

Menurut beliau, dia pernah melihat haiwan tersebut melakukan perkara yang sama dengan seekor coyote.

Bagaimanapun, kucing boleh dikatakan tidak berbahaya kepada ayam belanda dan Krakauer menambah: "Mungkin mereka sedang menunggu untuk melihat kucing itu bangun?"

Video berdurasi 24 saat itu telah menerima 40,000 retweet dan 60,000 likes seterusnya menimbulkan perasaan ingin tahu netizen.

Namun, tidak pasti tarikh video terbabit dirakam.

Sumber: Mirror
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "