Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ini Sisi Lain Yang Harus Dihadapi Oleh Mereka Yang Belajar Di Luar Negara, Kisah Depresi Di Sebalik Keseronokan Yang Insan Lain Nampak

31 Mac 2017
No Comment

Pergi melancong di luar negara, dan belajar di luar negara adalah dua situasi yang berbbeza. Jika melancong anda akan menikmati, berseronok dan bergembira dengan negara yang anda lawati, tatapi kalau belajar, ada banyak benda yang harus ditempuhi.

Mungkin ramai yang beranggapan, belajar di luar negara seronok, sebab pengalaman baru. lihat dunia luar, serta merasai apa yang tidak ada di negara sendiri.

Namun, ianya tidak seperti yang ramai fikirkan, kerana menurut perkongsian dari saudara Aiman Amri terdapat perkara yang dilalui oleh pelajar di luar negara terpaksa lalui sepanjang mereka jauh dari keluarga, juga kenalan.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Sekarang, Gen Y antara yang paling ramai berada di alam akademik, dalam atau luar negara. Ramai nampak seronok belajar luar negara sebab boleh berjalan-jalan, duit banyak, balik nanti dianggap pandai, confirm kerja dan lain-lain.

Tetapi tak ramai tahu kisah duka di sebalik pengalaman itu.

Tak ramai tahu kes depression dalam kalangan pelajar Malaysia di luar negara agak tinggi.

Ketika zaman sekolah dahulu, apabila ada senior datang buat sharing mengenai belajar oversea, semua teruja. Semua nampak yang manis, tetapi belum pernah lagi senior yang akan bercerita mengenai kisah hitam di sebaliknya, terutama kes kemurungan dalam kalangan pelajar di sana.

Kali ini, saya mahu jadi senior itu.

Saya mahu ceritakan kepada anda, bahawa hidup di sana bukan semuanya indah. Malah, semua hidup pun begitu. Tetapi kita biasanya nampak yang best je, kita nampak yang seronok, yang manis, sedangkan kepenatan di sebalik itu, dirahsiakan.

Sepanjang pengalaman saya belajar di UK, sudah beberapa kali saya menerima mesej mengenai kes depression dalam kalangan pelajar di sana.

Ada yang hanya seasonal depression (winter),
Ada yang hilang dari radar secara tiba-tiba,
Ada yang sudah menjadi pesakit di hospital kerana depression dan mengambil anti depressant (tanpa pengetahuan kawan-kawan dan keluarga di Malaysia)

Malah ada yang sudah mencapai tahap mahu bunuh diri!


Bukan mudah untuk berada di tempat orang, jauh daripada keluarga, jauh daripada suasana Islam, jauh daripada kebiasaan.

Ya, memang nampak style bila post gambar selfie bersama kawan-kawan local. Nampak yang kita ini belajar oversea, tetapi tak siapa yang nampak apa yang berada dalam hati.

Jauh di sudut hati, kemurungan itu muncul. Muncul dalam diam, tanpa disedari, dan lebih menyedihkan, apabila sudah terjadi, si penghidap menjadi buntu, tak tahu apa yang patut dibuat.

Jangan main-main dengan kes depression. If you never experience it, you shall not talk about how you understand it.

That pitch-black feeling when you have fallen into a bottomless pit, that suicidal thought you get frequently without any reason, that burst of tears happened whenever you're alone from your friends.

No one should experience that. But sadly, some people did. I'm here to remind you that what you see in people are just 10%, but there's a whole of 90% hidden from the world.


Menjadi Gen Y profesional perlu diambil kira faktor psikologi, sosial dan profession. Sudah tentu, faktor pertama itu yang sedang disebut dalam post ini.

Harapnya semua tak salah faham depression itu sebagai sesuatu yang berlaku pada diri sebab assignment, presentation dan lain-lain. Itu namanya stress.

Depression ialah satu keadaan kesihatan mental secara klinikal, yang berlaku sebab ketidakseimbangan kimia di otak seseorang manusia (panjang lagi penjelasannya).

Please understand the difference. Depression is not simply happen to someone, and say, "Oh selama ini aku depression rupanya." Malah, nak cure pun bukan macam makan panadol. TIDAK. It is never that simple.

Nak faham lebih lanjut mengenai depression, lihat video di bawah.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "