Ibu bapa boleh juga membantu anak-anak untuk menjadi insan yang bukan sahaja mempunyai tahap kecerdasan yang baik, tapi menjadi sorang yang ‘hebat’.
Menerusi perkongsian dari seorang doktor, iaitu Dr Taufiq Razif, terdapat beberapa cara, atau teknik yang boleh digunakan ibu bapa dalam menjadikan anak seorang insan yang baik.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Antara 5 tips rahsia nak jadikan anak kita hebat adalah :
Kita sebenarnya dah boleh nampak kelebihan anak kita masa mereka masih kecil lagi. Ada anak yang sentiasa cuba senyum bila berhadapan dengan orang dan menunjukkan mimik sedih bila kita sedang bersedih. Tu antara tanda mereka mempunyai Emotional Quotient ( EQ ) yang sangat tinggi.
Ada juga anak yang mempunyai kebolehan bercakap yang bagus, suka berbisnes, bencikan kekerasan terhadap haiwan, pandai buat kiraan, fokus bila melukis dan banyak lagi. Semua tu adalah BAKAT yang boleh dikembangkan bila mereka dah besar nanti.
2. SELALU PUJI KELEBIHAN ANAK DI DEPAN MEREKA
Kadang-kadang tu kita kena buat-buat puji perangai anak kita di depan adik beradik mereka yang lain.
" Rajin la kakak ni "
" Solehah la Maryam ni "
" Baiknya Solahuddin sanggup tolong kakak tadi "
Pujian ni akan memberikan mereka semangat untuk mengulangi kebaikan yang mereka buat dan tabiat kebaikan tu boleh melekat sampai dewasa tau.
Anak kita sebenarnya banyak belajar melalui apa yang diorang lihat. Percayalah cakap saya yang anak kita ni hanya mendengar 20% je nasihat dan bebelan kita. 80% yang masuk ke dalam diri mereka adalah daripada sifat dan tabiat ibu bapa yang mereka amati dan lihat sendiri.
Jika daripada kecil kita suka menipu anak kita sendiri dan tak suka tepati janji, bagaimana anak kita nak membesar menjadi orang yang jujur dan amanah dalam pekerjaan dan kehidupan mereka?
4. JANGAN NAIKKAN SUARA TANPA SEBAB
Perasan tak ada anak-anak yang tetap degil walaupun dah ditengking berkali kali oleh ibu bapanya? Ini mungkin terjadi bila ibu bapa dah terbiasa menaikkan suara pada si anak. Jadi anak mereka dah terbiasa dengan nada suara yang tinggi. Anak yang terbiasa ditengking juga biasanya tak mempunyai kawalan emosi yang bagus dan cenderung menjadi panas baran bila dah dewasa nanti.
Ini antara tips terhebat untuk menjadikan anak kita hebat. Memang dah lumrah seorang anak akan menjadikan bapanya sebagai idola pertama dalam hidup mereka. Tugas ibu adalah untuk selalu memuji dan menunjukkan kebaikan suaminya kepada anaknya.
Tolong jangan mengumpat keburukan suami kat anak sendiri. Bila seorang anak dah hilang respect pada ayahnya sendiri maka bencana besar akan berlaku. Konflik dalaman si anak akan terjadi dan anak akan mencari idola di luar lingkungan keluarga untuk mereka ikuti.
p/s : Tolong baca, hadam dan sebarkan ye. Ni bukan tips main-main ni. Ni adalah tips yang saya Dr Taufiq Razif kumpul melalui pengamatan saya daripada individu-individu hebat yang dah berjaya melahirkan anak yang hebat dalam keluarga mereka. Tolong simpan artikel ni dalam nota korang juga untuk rujukan di masa hadapan.
- Siakap Keli
p/s : Tolong baca, hadam dan sebarkan ye. Ni bukan tips main-main ni. Ni adalah tips yang saya Dr Taufiq Razif kumpul melalui pengamatan saya daripada individu-individu hebat yang dah berjaya melahirkan anak yang hebat dalam keluarga mereka. Tolong simpan artikel ni dalam nota korang juga untuk rujukan di masa hadapan.
- Siakap Keli
terima kasih doktor!
BalasPadam