Foto Kredit theconversation
Namun, dengan lambakan ‘ubat tambahan’, atau ‘supplement’ yang ada di pasaran pada masa kini, ia telah menyebabkan insan yang tidak berdosa menerima kesan dari pengambilan ‘supplement’ tersebut.
Kebanyakannya adalah golongan tua yang mana berharap agar penyakit pulih seperti biasa, tapi, disebabkan mereka yang tidak bertanggungjawab meyakinkan akan sesuatu produk, mak cik-mak cik ini menjadi mangsa, sehingga membawa maut.
Menerusi perkongsian dari Dr Rafidah Abdullah ini, dapat dilihat disebabkan pengambilan ‘supplement’, ada insan yang tidak bernasib baik. Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Gambar Hiasan
Biar orang sakit hati, jangan kita yang rosak hati
Rintihan rakan seperjuangan di Pantai Timur.
3 kes, datang tenat ke hospital dalam tempoh 2 minggu. Malangnya, mereka tidak dapat diselamatkan; menemui ajal.
Kesemuanya Makcik, umur 50-an, Darah Tinggi & Kencing Manis lebih 5 tahun. Mereka ambil supplemen tambahan. Ubat hospital khabarnya makan juga.
Makcik pertama, ambil campuran pa**ga, jus delima & gamat.
Makcik kedua ambil Nu**Pi** (entah saya pun tak pernah dengar). Siapa lah yang jual ini kepada mereka. Katanya banyak anti-oksidan. MasyaAllah, makan saja lah sayur-sayuran. Cukup sudah antioksidan disitu.
Makcik ketiga cerita sama sahaja, semua pun ambil.
Ketiga-tiga membeli sebab kawan-kawan menjual. Desakan, asyik kata ianya elok untuk penyakit kronik. Tak sampai berapa bulan ambil supplemen, dah teruk macam ini. Bertahun Kencing Manis, Darah Tinggi stabil sahaja dan tidak ada masalah.
Mereka datang ke hospital dah tenat, bukan hanya buah pinggang yang rosak, hati pun hanyut sekali; kerosakannya sangat teruk.
Bacaan creatinine > 1000 umol/L (normal bawah 95), garam potassium tinggi menyebabkan ritma jantung bermasaalah.
Hati tidak berfungsi, bacaan enzim Aspartate Aminotransferase (AST) dan Alanine Aminotransferase (ALT) melebihi 1000 U/L (normal ~ < 40). Ini lah bacaan dalam keputusan darah yang kami Doktor berpandukan untuk mengetahui fungsi hati seseorang.
Kalau kedua-dua organ ini rosak, seseorang akan mengalami masalah "metabolic acidosis" yang teruk. Kandungan asid terlampau tinggi, menyebabkan tekanan darah rendah dan memerlukan rawatan sokongan.

Mereka tidak sedar, dimasukkan ke ICU, terpaksa menjalani rawatan Dialisis kaedah CVVH (continuous veno-venous harmofiltration). Kalau dah bersambung mesin macam ini (gambar hiasan), maksudnya sudah tenat.
Ketiga-tiga MakCik ini telah meninggal dunia, tidak sampai pun 24 jam di hospital.
Herba, suplemen, dan pelbagai rawatan bukan dari hospital/klinik berisiko rosak organ BUAH PINGGANG & HATI. Ingat ya, rosak buah pinggang ada Dialisis. Rosak hati? Rosak kedua-dua sekaligus? Yang ini, tiada maaf bagimu.
Orang sihat, tidak perlu suplemen
Orang sakit, tidak payah suplemen.

Tidak kisah lah apa jenis pun; "Goncang-lee", "Herbafile", "Gilamaxx", "QuKuning", pelbagai jus dan banyak lagi (nama-nama contoh sahaja).
Praktikkan sahaja gaya hidup sihat. Ini bukan bermaksud kita makan yang "sihat", mesti makan yang berkhasiat. Jaga kuantiti, jangan asyik menambah saja. Fahami prinsip #sukusukuseparuh betul-betul.
Yang "kawan-kawan" pulak, doakan lah sahaja orang-orang yang sakit. Tak payah lah jual apa-apa. Nasihatkan yang betul, berikan mereka semangat. Bukan menambah masalah. Kalau jadi macam kes-kes ini, tidak kah anda rasa bertanggungjawab?
Dapatkan ilmu berkenaan kesihatan dari yang bertauliah dan saluran yang betul.
Jurujual BUKAN Pakar Perubatan.
#JanganKacauPesakitKronik
Rafidah Abdullah & Zawawi Nordin
Pakar-Pakar Perunding Nefrologi
- Siakap Keli
BACA: Dikatakan Produk-Produk Pseudosains Atau Palsu Ini Mampu Menyembuh Seribu Satu Penyakit, Kenalpasti 7 Ciri Ini Dalam Mengenali Produk ‘Scam’ Kesihatan