Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita 27 Tahun ini Pecah Rekod Dunia Apabila Menjadi Manusia Terpantas Mengembara ke Semua Negara Dalam Dunia

13 Feb 2017

Seorang wanita dari Connecticut, Washington memecah rekod dunia apabila menjadi manusia terpantas mengembara ke semua negara di dalam dunia - 196 buah negara - dalam masa 18 bulan dan 26 hari.

Globetrotter Cassie De Pecol, 27, memulakan misinya pada Julai 2015. Dia bukan sahaja menjadi manusia terpantas mengembara ke semua 196 negara, malah menjadi wanita pertama yang berbuat sedemikian - dan kini dia sudah pun mengatur pelan untuk pengembaraan ke Antartika.

Cassie, yang mula mengembara sejak 2010 menyifatkan dirinya sebagai seorang pengembara, penjelajah, aktivis persekitaran, aktivis hak wanita dan keamanan, pendidik, atlet triatlon, dan usahawan.

Bagi membiayai perjalanannya ke 196 negara itu, Cassie memperuntukkan $198,000 (RM880,000) yang diperoleh menerusi penyimpanan, tajaan, sokongan, dan upahnya ketika menjadi pengasuh kanak-kanak yang berjumlah $10,000 (RM 44,000).



Pada hujung 2016, Cassie telah menempah tiket-tiket ke 180 negara dan telah menaiki 254 penerbangan dalam masa 15 bulan.

Menjelaskan keinginan mengembaranya, Cassie berkata: 'Sejak sekolah, saya mempunyai keinginan untuk melawat semua negara di dunia, dicetuskan oleh perasaan ingin tahu setiap budaya, habitat dan agama.

'Saya ingin tahu apa yang wujud di luar Utara Amerika dan bagaimana perasaan (berada di sana). Adakah Timur Tengah sama seperti yang diceritakan di dalam berita? Bagaimana pula dengan Amazon?.

'Menjejak kaki ke semua negara adalah satu tujuan peribadi saya bagi mempelajari sebanyak mungkin tentang dunia kita, keluar dari zon selesa saya dan menjadi selesa dengan mereka yang asing, dan dalam masa sama mahu meninggalkan legasi.

Cassie mengabadikan pengembaraannya di laman Instagram expedition_196.

Sumber: CNN
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "