Kalimantan: Gara-gara masuk ke dalam tong drum berisi air untuk menyelamatkan diri, seorang wanita 21 tahun mati direbus hidup-hidup selepas dalam usaha menyelamatkan diri ketika kebakaran yang memusnahkan 16 pusat karaoke di Lembah Durian atau Merong di Jalan negara Muara Teweh di sini dua hari lalu, lapor Kalamanthana.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Julia yang dikejutkan Yaya sedang tidur bersama rakan sebiliknya, Riena, memberitahunya tentang kebakaran.
Selepas terkejut dimaklumkan tentang kebakaran, dia dan rakan-rakan yang lain terus berlari melalui pintu depan untuk menyelamatkan diri, namun api sudah marah membuatkan mereka berpatah balik ke pintu belakang namun gagal kerana api turut marak di situ.
Rakannya kemudainya telah menarik Julia untuk terjun melalui tingkap tetapi Julia takut menyebabkan dia memilih untuk masuk ke dalam tong drum berisi air yang ada di dapur manakala Riena nekad terjun melalui tingkap setinggi empat meter.
Selepas api berjaya dipadam pada 4 pagi, mayat Julia yang hanya memakai baju dan seluar dalam, ditemui dalam tong drum dalam keadaan seperti sudah direbus.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Muara Teweh sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan. - Siakapkeli.my