Pihak Polis Arab Saudi telah berjaya menghalang seorang lelaki yang dipercayai cuba membakar dirinya di sebelah Kaabah hari ini, lapor portal Al Arabiya.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 malam waktu tempatan itu, terdapat ramai jemaah sedang berada dalam kawasan Masjid menyebabkan suasana kecoh selain ada jemaah turut cuba membantu pihak berkuasa.
Sebuah video telah tersebar di media sosial menunjukkan pihak keselamatan menahan seorang lelaki yang sedang bersiap sedia untuk membakar dirinya ditepi kaabah.
Seorang saksi yang berada ditempat kejadian, seorang lelaki telah mencurahkan minyak badannya sebelum cuba membakar diri sendiri.
Menurut jurucakap Masjidil Haram, Sameh Al-Silmi, beliau mengesahkan seorang lelaki warganegara Arab Saudi berumur lingkungan 40-an telah berjaya ditahan dan disahkan bahawa suspek mengalami masalah mental.
Dia dikatakan telah mencurah petrol ke badannya sebelum cuba membakar diri, namun tindakannya itu berjaya dipatahkan oleh pihak keselamatan.
Sameh dalam pada sama menafikan khabar angin tersebar kononnya kejadian adalah cubaan membakar Kaabah .- Siakapkeli.my
One arrested in mecca ( Saudi Arabia ) after he tried to Burn Kaaba. @LankaMuslims pic.twitter.com/eGShepNmcb— Nibraz Ramzan π™ (@nibrazramzan) February 7, 2017
#SaudiArabia πΈπ¦| Securitymen in #Makkah arrest a man, who was trying to burn the Holy #Kaaba by pouring gasoline on it. pic.twitter.com/JSFgP8c2PO— dotemirates (@dotemirateseng) February 7, 2017