Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Motosikal Terbang Sedang Dalam Ujian, Bakal Dipasarkan

22 Feb 2017


NEW YORK 21 Feb. – Motosikal terbang atau hoverbike kawalan manusia pertama dunia hampir menjadi kenyataan apabila kenderaan itu dirakam sedang menjalani ujian di sebuah gudang di San Francisco baru-baru ini, lapor Mail Online.

Menurut portal itu, kenderaan dengan satu tempat duduk itu telah dibangunkan oleh syarikat Hoversurf.

Hoverbike yang dinamakan sebagai Scorpion-3 itu menggabungkan rekaan sebuah motosikal biasa dengan teknologi drone quad copter yang membolehkan pemandu mengendalikannya sama seperti menunggang sebuah motosikal.

Difahamkan, kenderaan itu mampu menampung berat 120kg ketika bergerak pada kelajuan 48 km sejam dan mampu mencapai altitud 10 meter.

Kenderaan itu dilaporkan bo­leh terbang sehingga 27 minit dan mungkin dijual pada harga AS$150,000 (RM668,435).

Antara ciri menarik lain yang dipasang di hoverbike itu adalah mekanisma keselamatan yang dikera bagi membataskan kelajuan maksimum dan altitud bagi mencegah kemalangan.

Klip video yang disediakan Hoversurf merakamkan seorang penunggang memakai sut ke­selamatan menaiki hoverbike dan menghidupkan enjinnya.


Sebaik sahaja kipas hoverbike mencapai kelajuan yang diperlukan, sistem pengangkutan itu mula terbang dalam keadaan bahagian depannya sedikit condong ke bawah sebelum stabil sepenuhnya.




Sumber: Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "