Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Semua Sampah Yang Diorang Kutip Tu, Diorang Bawa Naik Teksi ' - Lelaki ini Kongsi Perasaan Tergamam Tengok Disiplin Wartawan Jepun Dalam Soal Kebersihan

22 Feb 2017

Apa perasaan kita apabila melihat orang asing menyukarelakan diri mengutip sampah sarap yang ditinggalkan oleh kita sendiri? Segan mungkin?

Itulah perasaan yang dirasai oleh jurnalis Amirul Sajadi yang melihat sendiri bagaimana berdisiplinnya warga Jepun, yang juga wartawan, dalam isu kebersihan.

Menurut Amirul, kejadian itu disaksikan olehnya selepas para wartawan yang berkampung bagi mengikuti kes kematian misteri lelaki warga Korea baru-baru ini mulai beredar untuk pulang berehat

"Biasalah kerja sebagai orang media ni, bila kau dapat suatu tugasan, kau kena 'berkampung' sampai habis, malah, makan dan minum pun kau kena buat semuanya kat situ sebab takut terlepas berita. Jadi sampah makanan dan minuman memang bersepah la.

"Dari 5 pagi hingga 2 pagi keesokkannya, media sentiasa menanti status mayat Kim Chol di Hospital Kuala Lumpur. Bila hari makin lewat, ramai yang sudah beransur pulang untuk berehat. Yelah, esok awal pagi nak kena 'bertapa' lagi depan bilik mayat." tulis Amirul di Facebook.

Tambah Amirul lagi, ketika inilah dia menyaksikan kumpulan media Jepun mengutip sampah-sampah di kawasan sekitar.

"Selesai berkemas kelengkapan, aku perasan hanya kumpulan media Jepun je yang tidak terus pulang. Mereka seperti mencari sesuatu dengan memegang plastik. Lama aku perhatikan diorang, manalah tahu ada barang diorang yang hilang ke.

"Tapi rupanya aku silap. Diorang sebenarnya sedang kutip sampah di sekitar kawasan lepak media tadi. Segannya aku. Yela orang luar yang tolong kutipkan sampah. Dan yang buat aku lebih tergamam, semua sampah yang diorang kutip tu, diorang bawa naik teksi dan aku pun tak pasti kemana diorang bawa semua sampah tu pergi. Hebat sungguh displin diorang!

"Bukan aku nak puji melangit diorang ni, tetapi aku 'salute' sebab diorang masih amalkan budaya dan displin yang tinggi walaupun berada di negara asing." kata Amirul.

Wartawan-wartawan Jepun itu membawa masuk sampah ke dalam teksi mungkin kerana ingin mencari tong sampah terdekat untuk membuang sampah sarap tersebut.

Amirul juga berkata amalan ini patut dijadikan contoh oleh rakyat Malaysia dan turut menegaskan posting yang dibuat di Facebook itu bukannya menyifatkan media tempatan pengotor tetapi mahu mengetengahkan sifat orang Jepun dalam soal kebersihan.

"Mungkin kita, rakyat Malaysia boleh amalan cara diorang ni, jadikan ia contoh manalah tahu kita boleh jadi lebih baik dari Jepun dalam isu kebersihan kan..hehe.

"Dalam hal ni bukan aku kata media tempatan ni buat kotor atau buang sampah merata-rata, media tempatan pun buang sampah di tempat yang disediakan tapi apa yang aku cuba sampaikan adalah sikap orang Jepun yang kita boleh contohi bersama. 😊" tulis Amirul mengakhiri posting terbabit.

 
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "