Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Dubai Akan Jadi Negara Pertama Guna Perkhidmatan Drone Sebagai Kenderaan Penumpang

16 Feb 2017
No Comment

Dubai dilaporkan akan menjadi negara pertama yang bakal menggunakan Drone sebagai teksi udara bermula musim panas ini. lapor The Telegraph.

Ketua agensi pengangkutan Dubai berkata bahawa teksi terbang ini akan mula mengambil orang di seluruh bandar di negara berkenaan bermula Julai ini.

Teksi udara berkenaan akan menggunakan Ehang 184 yang merupakan drone udara terbang yang boleh membawa seorang penumpang dan beg mereka di mana ia boleh terbang sehingga 23 minit.

"Kita sudah melakukan ujian terhadap model ini dan ianya sesuai untuk di gunakan di Dubai sebagai kenderaan pengangkutan," kata Mattar al-Tayer, ketua agensi pengangkutan di Dubai.


Dubai bukanlah negara pertama yang menunjukkan minat untuk menggunakan Ehang di mana Amerika Syarikat juga pernah bercadang untuk menggunakan Ehang di Las Vegas untuk kegunaan awam namun belum diadakan sebarang ujian di negara berkenaan.

Ehang adalah sebuah Drone berkuasa elektrik dan boleh melakukan perjalanan selama kira-kira 31 batu dengan seseorang dan beg yang berat sehingga 100kg. Ia boleh pergi pada kelajuan sehingga 63 batu sejam dan mengambil masa dua jam untuk mengecas penuh.


Untuk emndapatkan teksi ini sebuah aplikasi akan digunakan seperti perkhidmatan Uber di mana penumpang boleh memasukkan destinasi mereka dan kemudiannya peta dan drone berkenaan akan menuju ke lokasi mereka. 

Namun, untuk membolehkan Ehang ini mendarat mereka perlulah mempunyai sebuah ruang lapang yang sedikit luas atau ruang khas bagi tujuan keselamatan kerana tekanan angin yang dihasilkan agak kuat. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "