Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Siakap Keli Umum Pemenang Pertandingan Inovasi & Cipta Logo 20 Februari ini

14 Feb 2017

Kuala Lumpur, 14 Feb - Siakap Keli akan mengumumkan pemenang pertandingan Inovasi dan Mencipta Logo pada 20 Februari ini.

Pertandingan yang bermula pada 3 hingga 8 Februari itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari peserta apabila menyaksikan hampir 300 penyertaan diterima.

Setakat ini, sebanyak 41 logo telah disenarai pendek untuk diadili oleh pengadil dan pemenang bagi dua kategori yang dipertandingkan; iaitu inovasi logo Siakap Keli dan cipta logo Siakap Keli TV; masing-masing akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000.

Bagaimanapun, lima logo terbaik dari setiap kategori akan turut diumumkan menerusi satu hebahan di blog dan laman Facebook Siakap Keli.

Pemenang juga akan dihubungi menerusi emel untuk butiran lanjut.

Dalam masa yang sama, pihak Siakap Keli mengucapkan terima kasih kepada para peserta yang menyertai pertandingan tersebut dan menghargai semua hasil karya yang diberikan.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "