Gombak, 6 Feb - Satu kemalangan yang berlaku di Batu 10 Jalan Gombak Lama di sini yang melibatkan sebuah lori sampah roro menyebabkan seorang maut manakala dua lagi cedera.
Dalam kejadian kira-kira 4.40 petang itu, lori terbabit dikatakan mengelak sebuah bas yang berhenti di hentian bas tersebut sebelum melanggar mangsa.
Sebuah teksi dan Perodua Myvi yang di parkir di bahu jalan turut dirempuh hingga menyebabkan paip berhampiran pecah.
Ketua Balai Bomba Selayang, Azrul Khairi Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.41 petang.
"Kemalangan melibatkan sebuah lori sampah melanggar tiga mangsa sebelum merempuh sebuah teksi serta sebuah Perodua Myvi.
"Seorang lelaki warga Indonesia berusia 29 tahun maut di lokasi sementara tiga lagi yang cedera termasuk pemandu lori warga tempatan berusia 40-an dihantar ke hospital," katanya.
Seorang pengguna Twitter memuat naik video rumahnya dipenuhi air susulan insiden terbabit.
Rumah aku ya Allah 😭😭😭😭😭 pic.twitter.com/j79inUGKVM— NANO (@zhullianazainal) February 6, 2017
— NANO (@zhullianazainal) February 6, 2017
Sementara itu, Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya sedang dalam usaha memperbaiki kerosakan akibat insiden terbabit.
"Gangguan Bekalan Air tidak berjadual di Wilayah Gombak ekoran insiden kemalangan menyebabkan air valve patah di depan Gudang Beras Merbok Batu 10 Jln Gombak pada 6hb Februari 2017.
"Pemakluman penutupan sementara bekalan air bagi kawasan-kawasan yang dinyatakan di bawah ekoran insiden kejadian bagi paip pecah di Batu 10, Jln Gombak bagi perlaksanaan kerja-kerja pembaikan.
Selain itu kawasan-kawasan yang akan terkesan dengan pembaikan itu adalah Batu 9 hingga Batu 12 Gombak, Kg Sg Salak, Kg Desa Makmur, Tmn Permai Jaya Gombak, JHEO, Lorong Tokman dan UIA.
Maklum pihak itu lagi, pemulihan bekalan air bagi kesemua kawasan yang terlibat adalah secara berperingkat.
"Untuk makluman, pemulihan bekalan air bagi kawasan terlibat adalah pada pukul 1:00 pagi (7hb Februari 2017) dengan pemulihan keseluruhan kawasan adalah secara berperingkat." tulisnya.
Sumber: Sinar Online