Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jamal Yunos Umum Mungkin Akan Lepaskan Jawatan Politik, 'Akan Mulakan Perniagaan Judi'

6 Feb 2017

AMPANG, 6 Feb - Pengerusi Gabungan Ngo Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengumumkan mungkin akan meletakan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Sg Besar, Pengerusi NGO Selangor dan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia selepas beliau dibebaskan dari tahanan reman petang tadi.

Selain itu beliau juga berkata akan mengusahakan perniagaan barunya iaitu kedai mesin judi haram. Namun, tidak pasti sama ada beliau benar-benar serius tentang perkara itu.

Menurut Jamal, berniaga kedai judi haram lebih baik dan berkepentingan dari jawatan yang beliau miliki.

"Sebaliknya, saya akan mengusahakan perniagaan judi haram seperti tauke-tauke judi yang lain kerana mengusahakan judi haram ini mempunyai ketebalan dan keistimewaan berbanding dengan jawatan-jawatan sebagai pemimpin masyarakat." ujar beliau.

Beliau berkata demikian selepas dibebaskan bersama sembilan daripada tahanan reman kira-kira pada jam 7 malam tadi.

Sebelum ini, Jamal direman selama lima hari setelah mendapat perintah yang telah dikeluarkan oleh Hakim Majistret Mohd Firdaus Sadina Ali di Mahkamah Majistret Ampang.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "