Sangkakan Gula-Gula, Bapa Beri Anak 3 Tahun Makan 280 Biji Baby Kristal
Jiansu, China - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terpaksa dihospitalkan setelah bapanya menyuapkan 280 biji baby kristal kerana menyangkakan objek itu adalah gula-gula kegemaran anaknya.
Sebelum kejadian itu, ibu kepada kanak-kanak terbabit mengambil sebungkus bahan tersebut kerana menyangka bebola berwarna-warni itu adalah gula-gula kegemaran anak perempuannya itu.
Apabila selesai membeli, dia kembali ke rumah dan menyelesaikan beberapa kerja rumah. Ketika itulah suaminya menyuapkan 'gula-gula' itu satu persatu ke mulut anak mereka.
Namun, mereka mulai sedar bahawa objek itu bukan gula-gula apabila si ibu mencuba salah satu darinya. Di saat itu, anaknya sudah memakan 280 biji bebola itu, lapor Sina.
Pasangan itu dengan pantas membawa anak mereka ke hospital dan hasil X-ray menunjukkan bahawa bahan tersebut sudah memenuhi perut anaknya.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu bernasib baik kerana dia dikejarkan ke hospital dengan segera dan baby kristal itu masih lagi belum mengembang dengan besar di dalam perut.
Doktor kemudiannya memberi kanak-kanak itu ubat untuk mengeluarkan baby kristal itu. 200 biji dari bebola itu sudah pun keluar dan doktor berkata bakinya akan hilang dalam masa 24 jam.
Sumber: shanghaiist