Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selepas Terbaca Artikel itu, Tiap-Tiap Minggu Dia Tulis Surat Kepada McDonald - Anak Kongsi Kisah Disebalik Kejayaan Vincent Tan

26 Feb 2017


Vincent Tan adalah nama yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan pernah disenaraikan oleh Forbes sebagai 50 individu terkaya di Malaysia 2016 (nombor 17).

Namun, ada kisah disebalik kejayaan CEO Berjaya Corporation Berhad itu. Kisah permulaan kejayaan Vincent Tan itu dikongsi oleh anaknya, Morvin Tan di laman Instagram sempena sambutan hari jadi Vincent Tan dua hari lepas.

Menurut Morvin Tan, segalanya bermula dengan satu majalah Time dan artikel 'The Burger that conquered the country'.

Ikuti kisah tersebut yang sudah dialihbahasa kepada Bahasa Malaysia.

Pada 1973, satu artikel keluar di Time bertajuk 'The Burger that conquered the country'. Di usia semuda 21 tahun, ayah saya bergerak dari pintu ke pintu menjual insuran dan pada satu hari, bagi mengambil hati seorang klien, dia menemani menemaninya ke klinik.

Secara kebetulan, klinik itu mempunyai satu majalah Time di ruangan menunggu. Bapa saya sangat miskin ketika itu dan membeli majalah bukan satu opsyen baginya.

Ketika menunggu, dia membaca majalah Time itu dan terlihat artikel burger terbabit. Dia sangat terinspirasi dengan cerita McDonald dan percaya syarikat itu juga mempunyai potensi untuk menguasi Malaysia juga.

Sejak dari itu, dia menulis kepada ibu pejabat McDonald sekurang-kurangnya sekali seminggu. Suatu hari, dia menerima maklum balas - mereka memintanya supaya berhenti kerana sudah terlampau banyak surat yang mereka terima. Jadi, bapa saya, menjadi dirinya sendiri, menulis kepada mereka sebulan sekali pula.

Kemudian, McDonald mengambil keputusan untuk memasuki Malaysia dan bapa saya memulakan usahanya untuk membida bisnes francais itu.

Tidak perlu dikatakan lagi, banyak lagi syarikat besar turut serta dalam proses pembidaan.

Bagaimanpun, McDonald memutuskan untuk memilih bapa saya kerana kegigihan dan daya tahan yang dia tunjukkan selama ini. Selebihnya, sebagaimana yang mereka kata, adalah sejarah.

Jadilah seorang yang tabah, jangan berputus asa. Anda akan terkejut dengan apa yang mampu anda capai.

Sumber: Instagram Morvin Tan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "