Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sebelum Buat Keputusan Untuk Masuk Universiti Mana, Dan Ambil ‘Course’ Apa, Anda Perlu Tahu 8 Tips Ini Terlebih Dahulu

14 Feb 2017
No Comment

Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi merupakan keinginan buat semua orang. Selepas menatmakan zaman persekolahan, iaitu SPM, ramai anak mjda, juga ibu bapa di luar sana yang mengharap agar dapat me;anjutkan pendidikan ke peringkat yang seterusnya, sama ada STPM atau diploma.

Namun begitu, dalam membuat keputusan yang bakal mengubah masa depan, ibu bapa juga pelajar perlu membuat pilihan yang tepat, demi memastikan apa yang dipilih bukanlah satu kegagalan, tetapi satu matlamat yang bakal memberikan impak yang positif terhadap hala tuju kehidupan mereka kelak.

Sebelum membuat keputusan, pelajar harus menitik beratkan 8 aspek ini terlebih dahulu, supaya perjalanan anda tidak tersekat di tengah jalan. Mari kita ikuti perkongsian dari saudara Roslan Rusly mengenai tips pilih universiti untuk melanjtkan pelajaran.


TIPS PILIH UNIVERSITI UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN

Karnival Pengajian Tinggi Negara KPTN dah bermula.

Tahun ni aku tak join mana-mana venue KPTN sebab macam-macam, tapi untuk adik-adik yang tengah tunggu keputusan SPM/STPM abang galakkan korang pergi.

Sebab banyak maklumat yang perlu korang sedut untuk masuk U, dari situ korang boleh tengok syarat-syarat kemasukan setiap Universiti Awam(UA).

Oleh itu, ni abang nak bagi tips untuk adik-adik yang nak masuk U.

Penting, sangat penting. Apabila korang dapat risalah kemasukan jangan la dok buang merata.

1. Pastikan korang kutip semua risalah pasal kemasukan universiti, ulang semula semua

a. Ini adalah kerana korang boleh tengok syarat-syarat kemasukan setiap U. Pastu korang boleh compare, setiap U berlainan syarat untuk setiap subjek.

b. So dekat situ korang boleh set target. Sebagai contoh korang boleh tengok result trial sementara tunggu actual result, kat situ korang boleh tengok korang lebih cenderung U mana dan subjek mana.
TAPI ingat, result trial untuk korang survey je, survey sendiri.

2. Kalau boleh jangan ada 'favourite' Universiti

a. Ya abang tau korang dah target nak masuk U mana, tapi dengan adanya risalah tersebut korang boleh tengok dan buat penilaian.(bergantung pada keputusan)

b. Contoh, korang minat nak masuk UIA (contoh), tapi tengok keputusan seperti tak mengizinkan, apa yang perlu korang buat, cari U yang menawarkan subjek yang korang minat. Sebenarnya korang nak masuk U ikut subjek yang korang minat dan boleh bawak, kalau hang masuk U tersebut semata-mata U tersebut, tapi  tak leh bawak subjek, teruk nanti

3. Buat penilaian

a. Contoh korang minat subjek Kejuruteraan. Korang carik U yang tawarkan bidang kejuruteraan.
-Contoh
UIAM
UTM
UTeM
UiTM
UM
UPM dan lain-lain lagi.

b. Lepas korang buat survey, tengok pulak syarat-syarat kemasukan. INGAT, KEBANYAKKAN SYARAT YANG TERTERA DALAM RISALAH ADALAH SYARAT MINIMUM YA.

c. Dah buat survey baru korang boleh buat shorlist, contoh dari 7 U yang tawar kejuruteraan, korang dapat 4 U yang syarat kemasukannya korang melepasi syarat minimum.


4. Nak jugak masuk U tersebut

a. Boleh dan tak salah, time korang isi borang, semua pilihan U yang sama korang apply(hehehe). Apa yang PENTING keputusan korang kene power.

b. Sebagai contoh korang minat nak masuk UIA, pastu result semua A1(Sains Tulen). YA korang boleh pilih semua subjek tapi biarlah yang berkaitan dengan syarat masuk dan subjek. Jangan main sapu je, bukan takat subjek sains hang apply, segala sastera punya subjek hang sapu, tu SALAH.

5. Jangan 'Sapu' Subjek Orang

a. Korang kene ingat, setiap U syarat kemasukan adalah berbeza ikut subjek. Ade subjek yang dibuka untuk SASTERA SAHAJA dan ada subjek untuk SAINS SAHAJA dan ada subjek untuk SAINS DAN SASTERA.

b. Pastikan korang pilih subjek yang berkaitan dengan jurusan korang amik waktu SPM. Contoh, kelas sains tulen tak boleh apply subjek untuk bidak sastera. Walaupun result korang power tak leh tapau subjek orang.

6. Tak kisah masuk U mana, janji dapat amik subjek yang suka

Hat ni abang setuju, tak kisah U mana, yang penting subjek tuh kita minat, dan boleh bawak.

7. Anak nak masuk U ke atau Mak, Ayah nak masuk U

a. Betul sebagai mak ayah, kita nak yang terbaik untuk anak-anak, tapi kalau anak tak minat bidang kejuruteraan. Tapi mak ayah paksa soh jadi engineer, kalau belaja sebab terpaksa..payah jugak...

b. Perbicangan mak ayah dan anak adalah penting dalam hal ni, sebagai mak ayah kita kene tengok kecenderungan anak tu, biar dia rasa selesa. Sebab yang nak masuk U anak-anak, nak g kelas anak-anak, nak duduk exam anak-anak, so kita kene ada give and take dalam hal ni.

8.Pilihan dalam UPU Online

a. Ni penting, jangan isi borang UPU ikut sedap rasa je, nanti RUGI korang yang menyesal

b. Setelah korang buat survey, penilaian dan hasil result, korang pilih U mana yang korang nak masuk dengan tepat. Jangan main taruh je, sebab yang validate kemasukan korang ni sistem UPU.

c. Pilih betul-betul, nanti dah keluar result, mula la...ala U nih pilihan akhir...ala U ni saja-saja letak untuk lengkapkan borang...ala itu...ala ini...dah tak berguna dah kalau result dah kluar.

INGAT, berpuluh ribu orang nak masuk U.

Ni antara TIPS yang abg nak kongsi untukk korang lepasan SPM. Didoakan korang dapat masuk U dan menjadi insan yang boleh bagi manfaat pada org lain.

Kalau korang nak share..boleh je...moga boleh bagi manfaat pada org lain...

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "