Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengalaman 13 Tahun Dalam Bidang Sumber Manusia, Wanita Ini Kongsi 7 Tips Yang Boleh Diterapkan Dalam Membuat Permohonan Kerja

22 Feb 2017
No Comment

Persaingan untuk mendapatkan pekerjaan pada masa kini sudah semakin terasa, lebih-lebih lagi buat mereka yang baru tamat pengajian, dan ia sedikit sebanyak memberi kerisauan buat mereka.

Apatah lagi kalau dapat tahu ada lagi ‘senior-senior’ yang masih mencari kerja yang bersesuaian dengan apa yang dipelajari, kerana masing-masing hanya bekerja luar dari bidang yang sepatutnya.

Sebenarnya, terdapat beberapa perkara yang harus diketahui, dan dipelajari oleh mereka yang ingin memohon pekerjaan, dan ianya dikongsikan sendiri dari individu yang berkerja dalam bahagian sumber manusia, iaitu saudari Aqil Awliya, mari kita ikuti perkongsian darinya.


BERJAYA DALAM KERJAYA?

Akak faham zaman ini zaman yang mencabar. Memang ramai anak muda lepasan ijazah menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan. Akak sendiri melihat jangan kan degree, pelajar Master juga menghadapi cabaran untuk memperoleh pekerjaan.

Maka, akak yang belum pandai ingin berkongsikan sedikit cara untuk membantu anda mendapatkan pekerjaan dan cara asas membina kerjaya. Diharap cadangan di bawah membantu anda yang mulia.


1- MULAKAN AWAL

Dalam kebanyakan masa, anak muda hanya mula serius mencari pekerjaan selepas convo. Ada yang lagi best siap rehat-rehat lepak di Krabi update Instagram seminggu dua. Umm.. akak faham anda tentu ingin release tension setelah penat belajar bertahun-tahun kan? Tapi akak cadangkan risik kerja seawal tiga bulan sebelum tamat tahun akhir. Ini kerana selagi hidup tiada istilah “release tension”. Nanti bila penyata PTPTN datang di saat pekerjaan belum ada, tension anda akan kembali juga. Dah bekerja, kumpul duit barulah pegi release tension ke mana saja dan updatelah Instagram selfie di bawah pepohon kelapa.


2- RESUME ADALAH CINTA PANDANG PERTAMA

Akak ini bukanlah banyak pengalaman. Kerjaya akak dalam bidang HR baru 13 tahun cuma. Sejak lima tahun yang lepas, akak mengawal selia team pencarian calon pekerja a.k.a recruitment dan juga IR/ER.

Terkadang kita semua kena ingat, HR adalah manusia biasa. Mohon jangan hantar resume sependek bulu jagung. Susah kami nak faham apa yang anda ingin sampaikan. Kekadang alamat pun guna short form. Gambar pula hitam putih atau gaya acah-acah peace tepi pantai yang lebih sesuai di letak dalam Fesbok berbanding resume.

Tujuan resume dihantar adalah untuk membuatkan HR jatuh hati. Sila hantar gambar ukuran passport yang professional. Barulah HR sudi proses permohonan anda untuk ke peringkat seterusnya. Alamat email juga seharusnya berbunyi professional seperti nama penuh yang dieja dengan huruf teratur. HR terkadang gelak bila tengok email penghantar resume. Dengan tulisan besar keciknya siap letak email nama samaran seperti panglima macho, teruna kecewa, mawar berduri atau bulan terluka. Adoiii.. ini hantar resume cari kerja ke cari jodoh ya?

Alamat email melambangkan tahap professional si penghantar juga. Kalau tengok resume pun HR dah rasa kelakar, confirm la tak jatuh cinta pandang pertama kan?


Akak mohon bagi sesiapa yang akan menghadiri temuduga, sila sikat rambut, pakai kasut bertutup dan jangan sesekali pakai jeans. Sebolehnya untuk lelaki pakai neck tie dan bagi wanita pula elakkan memakai pakaian terlalu berbunga-bunga macam ke rumah kenduri. Make up pula janganlah sampai di tahap retis. Jaga penampilan dan perlihatkan kesederhanaan.

Pastikan datang seawal 15 minit sebelum sessi temuduga. Selalunya HR bersama dengan Ketua Jabatan akan dipertanggungjawabkan untuk interview anda. Kurangkan bercakap dan dengar soalan dengan berhati-hati. Jangan lain yang ditanya, lain yang dijawab. Sila jaga “eye contact” dan “body language”. Pastikan anda kawal perlakuan dan elakkan gelak yang berdekah-dekah. Pengalaman akak dulu, ada calon siap sendawa durian dalam bilik interview. Pengsan!


4- JAWAPAN BIAR LOGIK

Seriously soalan-soalan biasa bakal membunuh anda di bilik interview jika tiada persediaan rapi. Persiapkan diri dengan bacaan isu semasa, website company dan sedikit kajian tentang tugasan kerja. Pastikan anda mampu menjawab soalan seperti :

a. Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?

Jawapan : beritahu mereka bahawa anda telah tengok web site syarikat, bla..bla.. kaitkan sedikit dengan isu semasa dan beberapa idea yang anda nampak sebagai peluang penyelesaian masalah.

b. Kenapa anda ingin bekerja di syarikat kami?

Jawapan : Jangan sebut pasal wang gaji semata-mata. Sebut tentang betapa hebatnya syarikat dan anda ingin menyumbang yang terbaik bagi memajukan syarikat. Mohon jangan syok sendiri cerita pasal kehebatan diri. Kang orang yang interview jawab “ada aku kesah?” Dah tak pepasal menangis dalam bilik interview.

c. Apakah matlamat kerjaya anda dalam tempoh lima tahun lagi?

Jawapan: beritahu bahawa anda ini jenis setia dan malas nak tukar-tukar kerja. Anda harap dapat membangunkan diri bersama-sama syarikat. Jangan sesekali beritahu selepas lima tahun nak kahwin dan ikut suami ke Singapore atau lepas lima tahun nak bersara buat business sendiri. Confirm tak dapat keja!


5- JANGAN TERLALU DEMAND

Jika kita ini memang superstar yang ada skill tertentu dan memiliki pengalaman kerja yang menakjubkan, silakan saja demand pakej benefit dan gaji. Nak minta personal driver pun boleh. Dalam konsep pengurusan di syarikat swasta, majikan tidak kisah berbelanja. Tapi pekerja perlu memastikan pulangan timbal balik dalam bentuk berganda kepada majikan.

Namun jika kita adalah fresh graduate yang ingin memulakan kerjaya, mohon terima saja dulu sebarang bayaran yang ditawarkan. Yang penting dapatkan pekerjaan dulu. Elakkan demand gaji, jangan demand bidang kerja, tidak sesekali demand persekitaran. Pendek kata, mohon jangan demand apa-apa. Bila dah dapat kerja baru buktikan kemampuan anda. Kerja rajin-rajin, bina hubungan baik dengan rakan sepejabat, dekati boss untuk menimba ilmu dan minta peluang untuk lakukan tugasan yang lebih banyak.


6- SOFT SKILL DAN COMMUNICATION SKILLS

Kita semua tahu, setiap hari masalah yang dihadapi di pejabat berbeza-beza. Walaupun kita ini jenis pembengis dan makan kucing, tapi di pejabat cuba bersikap professional sehabis daya. Sentiasa kekalkan budi bahasa dan bersikap tenang-tenang aja. Akak faham, terkadang anda ini engineer muda yang mengejar dateline Manager. Tetiba operator selamba saja cuti tanpa memberi muka. Tenang-tenang ya… Kalau perlu, tarik lengan baju dan relakan hati kerja di lapangan sementara cukup tenaga kerja. Bincanglah juga dengan Manager anda agar dapat penyelesaian yang lebih baik.

Percayalah, Manager anda pasti suka jika anda menunjukkan komitment dan skill penyelesaian masalah. Jangan sesekali merungut, berkira kerja dan tenaga. Bagi anda yang bujang, jangan acah-acah nak balik on time dan melepak di mamak. Datang kerja sejam lebih awal dan balik kerja sejam lebih lewat.


Boss adalah guru. Walaupun kekadang mereka cerewet dan bersikap pelik-pelik, terima sahaja dengan redha. Jangan takut atau benci Manager hingga menjauhkan diri. Itu strategi yang salah. Cuba fikir… Tentu Manager anda punya rahsia hingga membolehkan dia duduk di kerusi sana? Apa kata anda dekati bos anda, belajar dan lihat. Kekadang benda kecil seperti cara bos bercakap telefon, membalas email dan menyemak dokumen juga memungkinkan anda menimba ilmu baru.

Seperti mana anda menghormati guru, hormati bos anda selayaknya. Jadilah orang kepercayaan bos. Bila bos pergi bercuti, pastikan dia tidak risaukan urusan pejabat selagi ada anda. Anda mestilah berkemampuan sebagai asset syarikat bagi mengambil alih tugas boss jika beliau tiada di pejabat. Insya’allah bila ada peluang kenaikan pangkat, pasti bos tidak berfikir dua kali untuk menamakan anda. Jarang berlaku bos menamakan pekerja yang tidak disukai untuk naik pangkat. 

So, pandai-pandailah berbaik dengan bos anda. Bagi sesiapa yang dapat bonus di awal tahun, jangan lupa tuliskan email kepada bos atas penghargaan syarikat kepada anda. Ingat tau… Ini bukan bodek, tapi ini adalah strategi pintar dalam kerjaya.

Ya.. tiada jalan mudah untuk BERJAYA DALAM KERJAYA. Anda perlu bijak, kuat bekerja dan menjaga hubungan baik dengan semua individu dalam syarikat.


Nota kaki: Guru akak bakal menyambut perayaan di hujung minggu. Selama ini mereka berdua secara percuma kerap mengajar akak ilmu kewangan, pelaburan dan sedikit pengetahuan tentang saham. Setiap kali ke luar negara, mereka pasti hadiahkan akak sedikit cenderamata.

Terima kasih guru kerana sering ingat kepada saya. Terimalah sedikit hadiah kecil daripada saya yang belum pandai. Maafkan juga saya ini yang masih bodoh dan lambat belajar. Dan ya… saya sentiasa perlukan nasihat dan panduan anda. Selagi tubuh saya bernyawa.

Salam sayang dari akak yang belum berjaya dalam kerjaya

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "