Foto Hiasan
Sudah menjadi ‘procedure’ bila mana tidak membayar kereta dalam tempoh tertentu pihak bank akan menghantar penarik kereta untuk menarik kereta tersebut, tapi ia bukanlah begitu sahaja, perlu ada kertas hitam putih untuk membuktikan anda tidak membayar kereta dalam tempoh yang dinyatakan.
Namun lain pula yang berlaku kepada pengguna Twitter yang menggunakan nama Faiz Saad yang kongsikan pengalamannya nyaris ditipu oleh penarik kereta yang kononya wakil dari pihak bank.
“Jam 8 pagi, aku sampai di Puchong, aku park kereta aku di tepi jalan, depan kedai makan sebelah sports arena Puchong. Usai sarapan, menuju ke kereta, aku buka je pintu kereta, keluar 3 orang lelaki melayu menghampiri aku sambil jerit, “bang, bang, kejap bang!”, tulisnya dalam memulakan siri tweet.
Dia kemudiannya menyahut panggilan mereka kerana berfikir mereka ingin bertanyakan jalan, tapi sangkaannya meleset.
Salah seorang membuka pintu belakang.
Terus telefon abang dan berjalan ke restoran mamak, dan abang kata, walau apa pun jangan bagi kunci.
Katanya wakil dari bank, tapi tahu ianya adalah ‘scam’
Disoal siasat macam ada buat salah, dan dipaksa bagi kunci.
Tunjuk invoice, dan pergi tempat kerja sekejap sementara tunggu abang datang. Tapi bila datang tempat itu semula, mereka semua dah tiada.
Polis macam tahu siapa yang dimaksudkan berdasarkan ‘description’ yang diberi.
Dan, saudara Faiz kongsikan pengajaran baru yang diperolehinya dari kejadian tersebut.
Pesannya, cuba bertenang, dan simpan ‘payment slip’ dalam kereta, juga simpan nombor telefon balai polis yang berhampiran.
Saudara Faiz juga beri gambaran bagaimana rupa 3 orang itu tadi. Serta bersyukur kejadian ini tidak berlaku kepada orang lain, dan diharap ianya tidak berlaku kepadanya lagi.
Buat wanita, atau sesiapa sahaja di luar sana, ini pesan saudara Faiz:
Moga-moga anda dapat ketahui sedikit sebanyak apa yang perlu dilakukan jika berhadapan dengan situasi ini. Pastikan mereka yang ingin tarik kereta anda, ada sertakan sekali RO, iaitu ‘ repossessing order’, surat pemilikan sementara orang yang menarik kereta. –
Siakap Keli