Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemungut Sampah ini Derma Lebih RM100,000 Sejak 30 Tahun Lepas Untuk Bantu 37 Budak Miskin Bersekolah

19 Feb 2017


Seorang pemungut sampah dari Shenyang menyentuh hati pengguna internet di China dengan sifatnya yang pemurah.

Zhao Yongjiu membuat dua kerja dalam bidang kebersihan dan beliau meninggalkan rumah pada jam 4.30 pagi dan tidak akan pulang sehingga jam 9 malam. Untuk kerja kerasnya itu, lelaki berusia 56 tahun itu memperoleh 2,400 yuan (RM1,500) sebulan.

Biarpun bergaji kecil, Zhao masih lagi boleh berbuat kebaikan yang berterusan. Sejak 30 tahun lepas, dia telah menderma 170,000 yuan (lebih RM100,000) bagi membantu 37 kanak-kanak miskin untuk memastikan mereka boleh bersekolah, lapor Beijing Youth Daily.

Bagi memastikan gajinya cukup untuk terus menyumbang, dia menjual rumahnya dan mula menyewa bilik kecil di bandar yang berharga 600 yuan (RM389) sebulan.

Bagi Zhao, ini adalah caranya untuk membalas kebaikan yang pernah diterimanya dahulu. Selepas bapanya meninggal pada 1976 , Zhao dan ibu bergelut untuk mencari wang bagi meneruskan hidup. Namun, mereka berjaya bertahan sampai ke hari ini kerana mendapat sokongan dari jiran dan rakan yang baik hati.

Zhao bersumpah tidak akan melupakan kebaikan mereka dan kini dia mengabdikan hidup untuk membantu mereka yang dalam kesusahan,

Kisah Zhang telah menyebabkan ramai pengguna internet di China tersentuh hati. "Jika ramai manusia seperti pemungut sampah ini, dunia akan jadi lebih baik," tulis seorang netizen.




Sumber: shanghaiist.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "