Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Warga Emas Ditemui Berkeredak Dalam Najis Dengan Kulit 'Teradun' Atas Kerusi Selepas Tidak Berganjak Selama 7 Bulan

19 Feb 2017
No Comment


Seorang wanita warga emas ditemui terperangkap di atas kerusi di ruang tamu rumahnya dengan dihurungi dengan najis selepas duduk di tempat yang selama berbulan-bulan lamanya.

Kru pasukan kecemasan memerlukan sut hazmat untuk mengalihkan Barbara Foster, 75, dari rumahnya di Springfield, Ohio pada Khamis.

Wanita 250kg itu duduk di tempat yang sama sejak Julai lepas menyebabkan badannya melemah dan kulitnya 'teradun' dengan bentuk kerusi itu, kata pihak berkuasa.

Ketika proses menyelamatkannya berlaku, Foster menjerit kesakitan apabila tulangnya meretak ketika pasukan kecemasan mengangkatnya keluar dari rumah. Dia dibawa ke University of Toledo Medical Center untuk rawatan.

Menurut pihak berkuasa, bau yang datang dari rumahnya dapat dikesan dari laluan pejalan kaki lagi.

Pejabat Kesihatan Toled-Lucas County telah mewartakan rumah itu sebagai 'tidak sesuai' diduduki dan meletakkan satu tanda di hadapan rumah terbabit.



Jiran memberitahu stesen televisyen bahawa apa yang mereka tahu tentang wanita itu adalah dia seorang yang suka menyimpan barang dan suka duduk di dalam rumah tetapi sudah lama tidak melawatinya.

Penduduk di kawasan kejiranan itu, Robbie Zolciak, memberitahu dia sudah tidak melihat wanita itu 'bertahun-taun lamanya'. Dia juga berkata tidak tahu bahawa wanita berkenaan berada dalam kondisi tidak sihat.

Sukarelawan gereja yang menghantar makanan untuk Foster berkata dia menghubungi polis apabila menyedari wanita berkenaan sudah 'tidak seperti dirinya sendiri'.

Detektif kini sedang menyiasat insiden itu sama ada berkaitan dengan apa-apa jenayah.

Sumber: KTLA
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "