Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Perempuan Tingkatan Satu Cedera Dalam Pergaduhan, Terima 4 Jahitan di Kepala

24 Feb 2017

Kuala Lumpur, 24 Feb: Seorang pelajar tingkatan satu mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas terlibat dalam satu pergaduhan bersama beberapa orang pelajar perempuan lain dalam kejadian pada Khamis.

MStar Online melaporkan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, laporan dibuat selepas pengadu menerima panggilan dari pihak sekolah mengenai pergaduhan itu.

"Anak perempuan pengadu mengalami kecederaan di kepala dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. Dia dikenakan empat jahitan di kepalanya," katanya.

Mohd Zani juga berkata pihak polis telah mengambil keterangan dari saksi dan memberitahu pergaduhan berpunca dari salah faham antara seorang pelajar Tingkatan 1 dan dua pelajar Tingkatan 3.

"Salah seorang daripada mereka (pelajar Tingkatan Tiga) telah menarik tudung mangsa sehingga terjatuh manakala seorang lagi telah bertindak ke atas kepala pelajar itu," jelasnnya.

Sementara itu, beberapa foto yang dipercayai mangsa menunjukkan kecederaan teruk yang dialami oleh pelajar terbabit sehingga meninggalkan kesan berlubang di bahagian kepala.



Sumber: mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "