Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki 29 Tahun Ditahan Selepas Dipercayai Buat Video Jelik Kepada TMJ

8 Feb 2017
Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd

JOHOR BAHRU, 8 Feb: Seorang lelaki berusia 29 tahun telah ditahan polis di depan sebuah hotel di Jalan Pendek, Kota Bharu, Kelantan selepas mengeluarkan kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di dalam satu rakaman video.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata pihaknya menerima laporan mengenai penyebaran video menerusi Facebook yang memaparkan seorang lelaki mengeluarkan perkataan jelik terhadap TMJ pada jam 1.25 petang semalam.

Suspek telah ditahan pada jam 3.50 petang tadi hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

"Hasil daripada penahanan itu, polis merampas sebuah telefon bimbit Ex Mobile bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan sekiranya disabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara atau kedua-duanya selain boleh didenda RM1,000 selanjutnya bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Pakai hp pn cikai lg nk kutuk2 org. Hah, saman ribu2 nnti camne nk bayo.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "