Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Simbah Sperma ke Belakang Wanita Ditahan Polis

8 Feb 2017



Kuala Lumpur, 8 Feb: Seorang lelaki yang bertindak melakukan onani, menyimpan dan menyimbahnya kepada wanita di sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama di sini telah ditahan polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang pada Isnin itu, mangsa, seorang wanita berusia 20-an terkejut apabila mendapati sperma melekat pada bajunya.

Video yang berdurasi selama 15 saat itu dimuat naik oleh akaun Twitter MyWatch sebelum diviralkan oleh pengguna media sosial lain.

Dalam video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan menyimbah sperma itu ke bahagian belakang wanita tersebut yang sedang memilih barangan.

Pihak pengurusan pasar raya yang menyedari kejadian bertindak menahan suspek, malah rakaman yang tular terbabit dipercayai dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik pasar raya berkenaan.

Sementara itu, sumber polis berkata, pihaknya sudah menahan lelaki itu dan menyiasat kejadian mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

"Kejadian berlaku di sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama. Siasatan mendapati cecair berkenaan disahkan sperma dan dipercayai lelaki itu melakukan onani sebelum memasukkannya ke dalam bekas yang dipegangnya dalam kejadian." katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "