Hidup ini adakala kita di atas dan adakala kita di bawah, ketika diatas beringatlah, hidup ini ada kaya dan ada miskin, mereka yang miskin sudah pasti ramai yang memerlukan bantuan.
Nasib mereka yang memerlukan bantuan di Malaysia ini agak baik kerana ramai sukarelawan yang sudi membantu, mereka berkerja dengan sukarela tanpa mengharapkan balasan, tetapi kita yang ditolong cukuplah sedikit menghargai.
Kisah yang diceritkaan oleh Puan Natipah Abu ini agak membuatkan hati ini rasa geram, mana tidaknya orang yang pernah ditolongnya sebelum itu dalam keadaan betul-betul susah dan dalam berhutang along, apabila senang siap ugut lagi kononnya beliau buat kerja tidak betul.
Namun akhirnya, ia merupakan satu penyesalan kepada orang berkenaan. Jom kita baca.
IBARAT ABU DI ATAS TUNGGUL....
" Kak Pah ....saya kaunselor dari Pejabat Pendidikan. Kak Pah ingat dak kes anak yatim yg sakit kanser....yang tak sekolah yang kita tolong dulu? "
" Yang mana yaa...."
" Yang kita pi rumah dia dgn JKM dan PPD tu.....dua tahun sudah..."
" Ooo yaa...ingat. Kenapa? "
" Kami dapat laporan dr sekolah...anak dia tak ke sekolah lama dah. Kak Pah tau dak, depa di mana la ni ? "
" Tak tau .... mintak maaf naa..."
Panggilan telefon ini mengingatkan Kak Pah pada suatu kisah yg tak mungkin Kak Pah lupakan sampai bila-bila.
Kini...
Ingin Kak Pah kongsikan kisah ini buat iktibar semua. Mohon kepada semua sahabat ..jgn dikecam atau dipuji setelah membaca kisah ini kerana inilah liku perjalanan Kak Pah sbg sukarelwan.
Kisah yg mengajar Kak Pah betapa bahawa apabila kita membantu seseorang janganlah sesekali mengharapkan ianya dikenang malah berterima kasih pun belum tentu.
Wati....
Kesnya di rujuk kepada Kak Pah oleh Pejabat Pendidikan utk tujuan penempatan anak-anaknya di rumah anak yatim dua tahun yang lalu.
Dia seorang ibu tunggal...mempunyai empat org anak. Setelah kematian suami...dia berkahwin lain...namun berpisah. Selepas berpisah...dia ditimpa kemalangan motosikal.
Kunjungan pertama kali ke rumahnya sgt meluluhkan perasaan Kak Pah. Mereka lima beranak hidup dlm serba kekurangan.
Rumah itu sudah tiada bekalan letrik....hanya ada bekalan air dan khabarnya sudah dilelong bank. Keadaan di dalam rumah sgt tidak sesuai utk pembesaran anak-anak. Kotor dan berselerak.
Anak sulungnya yg berusia 11 tahun mengidap kanser . Dua lagi anaknya pula berusia 9 dan 8 tahun dipenuhi kudis buta. Ketiga-tiga anak lelakinya ini telah lama ponteng sekolah. Manakala yg bongsu perempuan berusia 4 tahun.
" Kak Pah tolong Wati, Kak Pah . Orang jahat selalu mai rumah. Pukul wati...pukul anak- anak. Hari tu dia pukul abang. Teriak anak-anak Wati Kak Pah.Wati takut Kak Pah. Kalau Kak Pah tak percaya tanyalah anak-anak Wati ."
" Siapa orang tu ? "
" Orang yang Wati berhutang..."
Kak Pah pandang wajah-wajah anaknya. Terkebil-kebil mata mereka memerhatikan Kak Pah. Abang yg mengidap kanser itu terbaring di atas lantai simen semata hanya beralaskan bantal yg lusuh di kepala.
Rumahnya sentiasa bertutup pintu dan tingkapnya. Anak-anaknya seorang pun tidak berdunia dgn masyarakat sekitar. Tanpa TV atau sebarang alatan gadget...mereka hidup dlm dunia sendiri.
" Kak Pah....orang jahat tu datang semalam"
"Kak Pah. Dia cekik abang. Abang sampai sesak nafas."
"Kak Pah. Wati takut ni Kak Pah."
Akhirnya Kak Pah membuat keputusan paling drastik. Keputusan demi menyelamatkan nyawa anak- anak yatim yg tidak bersalah itu.
Kak Pah sewa sebuah teksi...meminta teksi itu membawa Wati ke bank. Kepada pemandu teksi itu Kak Pah amanahkan sejumlah wang utk dibank in ke acc orang yang Wati berhutang.
Selesai urusan...resitnya dihantar kepada Kak Pah yg menunggu tidak jauh dr bank.
Malam itu juga....adik-adik sukarelawan Kak Pah membawa lori...mengangkat barang-barang dan memindahkan dia dr rumah yg sedang didudukinya tanpa sesen pun bayaran.
Mereka menguruskannya hingga lewat pagi. Dia berpindah ke rumah baru yg Kak Pah bayarkan depositnya.
Untuk memudahkan dia bekerja dan menghantar anak ke sekolah...motornya yg tersadai di bengkel sejak kemalangan itu...Kak Pah minta adik sukarelawan keluarkan setelah membayar kos baik pulihnya.
Kak Pah melengkapkan rumah Wati seadanya malah adik-adik sukarelawan siap belikan anak- anaknya basikal baru. Dua anaknya Kak Pah tempatkan di sebuah rumah anak yatim di Kuala Ketil.
Kudis buta mereka juga sembuh setelah Kak Pah dapatkan rawatan klinik pakar. Tetapi suatu hari Wati mengadu kepada Kak Pah....tak mahu anak dia di tempatkan di rumah anak yatim Kuala Ketil lagi atas berbagai alasan.
Memenuhi kehendak dia...Kak Pah pindahkan anak-anaknya ke rumah anak yatim Kg Che Bema, Sg Petani yg mana Kak pah ialah sukarelawan di sana sampai hari ini.
Turun naiklah pejabat pendidikan menguruskan pertukaran luar daerah utk anak-anaknya....Baling - Sik ke Kuala Muda Yan.
Beberapa minggu sahaja anaknya di rumah anak yatim Sg Petani...dia datang ke asrama dan memarahi anak- anak yg lain kononnya memukul anak dia.
Tak cukup dengan itu..dikirimnya mesej memaki hamun Kak Pah dan dia pun mengeluarkan anak dia dari sana tanpa memaklumkan sepatah pun pada Kak Pah.
Tak lama selepas itu...Kak pah dihubungi tuan rumah ...dia telah berpindah di waktu malam...entah ke mana.
Satu hari...dia mesej Kak Pah...dgn tohmahan...kononnya Kak Pah telah mengakibatkan wang zakat dan JKM nya dipotong. Walhal..Kak Pah lah mengusulkan dia utk bantuan zakat. Mungkin lawatan kedua pihak itu mendapati dia telah berpindah...maka bantuan itu pun di potong.
Bertahun berlalu peristiwa itu...
Tiba-tiba sebulan yang lalu...di mesin ATM sebuah stesen minyak....Kak Pah sdg berbaris utk menuggu giliran mengeluarkan wang.....di hadapan Kak Pah ...berdiri seorang wanita yg kelihatan resah dan lama mengadap skrin mesin ATM.
Mata Kak Pah sempat mencuri pandang ke skrin mesin ATM...tertera bakimya...RM 15. Kadnya keluar tanpa wang. Saat dia berpaling utk melangkah....
" Kak Pahhhhh...! "
" Watii ??? "
Dia keluar dr situ dan menunggu Kak Pah di depan muka pintu. Selesai urusan...Kak Pah pun beredar ke luar.
" Kak Pah... Wati minta maaf Kak Pah "
Dia memaut tangan Kak Pah dgn wajah yg sedih sekali. Dalam senyuman.. pautan itu Kak Pah leraikan. Tak dapat Kak pah garapkan di sini...apa perasan Kak Pah saat tu.
"Kak Pah...maaf kan wati ....Abang sakit la ni Kak Pah..."
Bicaranya seolah angin lalu di telinga Kak Pah. Lalu Kak Pah menyelitkan sejumlah wang ke dlm tangannya..
" Bagi anak- anak makan ! "
" Kak Pah... Wati nak nombor telefon Kak Pah...."
Dia menggengam erat kedua tangan Kak Pah tapi... pantas sekali lagi Kak pah leraikan. Pandangan mata Kak Pah tak mampu lagi menjamah wajahnya.
" Kak Pahhhh....."
Kak Pah terus melangkah tanpa berpaling lagi. Menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi tanpa memperdulikan dia yg tercegat di situ. Yang pasti....berlinanganlah air mata di pipi.... - Natipah Abu
- Siakapkeli.my