Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Cekedis Berbentuk Harambe Dijual Pada Harga RM440,000

12 Feb 2017


Satu cekedis berbentuk Harambe - gorilla yang dibunuh di zoo Cincinnati pada tahun lepas - dijual pada harga $99,900 (RM 440,000) di laman beli belah eBay.

Cekedis berjenama Hot Cheeto itu dikatakan mempunyai bentuk seperti Harambe yang sedang berpaut di sebatang pokok.

Iklan tersebut dimuat naik pada 28 Januari oleh pengguna eBay, valuestampsinc yang pada mulanya meletakkan harga lelongan minimum $11.99 (RM50). Iklan itu turut memasukkan sekali foto Harambe berpaut pada pokok yang dikatakan sama dengan bentuk cekedis terbabit.

Bagaimanapun, iklan itu menjadi viral di sosial media seterusnya mendapat banyak bidaan dari orang ramai sehingga tidak terkawal.

Pada 7 Februari - iaitu pada tarikh lelongan tamat - harga cekedis itu telah naik kepada $99,900 (RM 440,000).

eBay telah mengesahkan bahawa lelongan itu sah namun tidak memberi komen sama ada pembayaran telah dibuat.

Sumber: cnbc.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "