Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Betulkah Resdung Boleh Dirawat Dengan Menghidu Asap Ataupun Habuk Kayu

16 Feb 2017
No Comment

Sebelum ini pasti ramai pernah mencuba rawatan resdung yang menggunakan asap yang dihalakan kemuka dengan membakar segulung kertas atau kain.

Apabila asap dihalakan ke kulit muka menyebabkan ada kesan kutih keluar ke muka dipercayai ulat resdung.

Tapi betulkah rawatan ini akan berjawa merawat resdung yang ada di muka kita ini? jom baca kupasan dari Root Of Science tentang rawatan resdung ini di mana penulis adalah pengamal perubatan.

Banyak pusat rawatan resdung di luar sana yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. 

Menggunakan pelbagai kaedah untuk merawat resdung ataupun dalam istilah perubatannya dipanggil sebagai Allergic Rhinitis.

Ada yang menggunakan asap yang perlu disedut oleh pesakit. Ada pula yang menggunakan kertas yg digulung dan dibakar pada hujungnya supaya hujung yang satu lagi boleh menyedut resdung drpd muka. 

Tidak lupa juga ada yang menggunakan habuk kayu yang perlu disedut oleh pesakit. Kesemua cara-cara ini dikatakan mampu mengubati resdung. Tapi benarkah perkara ini benar2 membantu?

1) Menyedut habuk ataupun asap untuk merawat resdung.

Mereka yang ingin membuat rawatan ini perlu menyedut habuk ataupun asap yang diberikan kepada pesakit. Selepas itu, pesakit tersebut akan mengeluarkan hingus yang banyak daripada hidung.

Hingus yang banyak ini dikatakan hingus ataupun cecair yang terperangkap dirongga muka. Cecair inilah yang menyebabkan resdung berlaku kata perawat resdung.

Saya ingin menjelaskan yang cecair yang terhasil selepas menyedut asap ataupun habuk kayu itu bukanlah berasal daripada cecair yang terperangkap dalam rongga muka. Ianya merupakan cecair ataupun mucous yang terhasil akibat tindak balas lapisan hidung kepada bendasing yang disedut.


Pernah tak kita bersin-bersin dan mempunyai selsema selepas mengemas rumah yang banyak habuk? Sudah tentu pernah bukan. Ianya merupakan tindak balas normal saluran pernafasan hidung kita untuk mengelakkan bendasing masuk ke dalam paru2. Sebab itu ianya menghasilkan hingus(mucous) yang banyak. Inikan apalagi serbuk kayu dan juga asap yg tebal dihidu pada saluran tersebut.

Ingin saya beritahu yang menghidu asap boleh merosakkan paru-paru seperti mana penghisap rokok. 

Manakala menghidu serbuk kayu pula boleh menyebabkan serbuk kayu itu tertinggal di dalam saluran hidung dan boleh menyebabkan keradangan yang chronic. 

Oleh itu saya nasihatkan supaya elakkan cara rawatan yang tidak diketahui keberkesanannya dan tidak diketahui komplikasi yang mungkin dihadapi.

Mereka juga menggunakan sesuatu cecair yang dimasukkan ke dalam telinga untuk menunjukkan sesorang itu mempunyai resdung ataupun tidak. Jika mempunyai bunyi meletup yg banyak, dikatakan orang tersebut mempunyai resdung yang kuat.

2) Menggunakan kertas yang digulung dan dibakar untuk menyedut resdung


Saya teringat waktu saya masih lagi bersekolah, ada ahli keluarga saya yang cuba melakukan cara ini.
Cara untuk menghasilkan kertas tersebut adalah dgn menggunakan kertas yang berwarna putih dan digeserkan lilin pada bahagian atasnya. Selepas itu, kertas itu digulung dan pastikan bahagian dalamnya merupakan bahagian yang telah digeserkan dgn lilin. 

Selepas itu, satu hujung diletakkan pada bahagian muka pesakit dan satu hujungnya lagi dibakar. Apabila kertas itu sudah terbakar separuh, alihkan kertas itu dan padamkan api. Akan nampak pada bahagian muka yang diletakkan kertas tadi tu mempunyai beberapa ketulan yang dikatakan sebagai resdung.


Saya ingin menjelaskan bahawa ketulan yang terhasil itu merupakan lilin yang telah mencair drpd kertas itu dan jatuh kebawah. Sebab itu bila saya cuba pada permukaan simen dan juga besi, kedua-duanya menunjukkan keputusan yang sama. Ketulan yang sama terhasil drpd prosedur yang dibuat. Sama sahaja jika dibuat pada muka.

Kesimpulan yang saya boleh buat adalah rawatan tersebut tidak dapat dibuktikan menyembuhkan penyakit resdung malah mungkin boleh memburukkan keadaan pesakit. - Root Of Science

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "