Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

5 Filem Menarik Yang Boleh Anda Tonton di Wayang Minggu ini

26 Feb 2017

Minggu ini merupakan minggu yang best bagi mereka yang gemarkan filem kerana pelbagai filem menarik ditayangkan (dalam masa yang sama gaji baru masuk).

Jika anda tidak tahu filem apa yang mahu ditonton minggu ini, berikut kami bawakan lima filem menarik (dengan rating tinggi) yang boleh anda tonton.


1 - John Wick: Chapter 2

Sebelum menonton filem ini, pastikan anda menonton filem John Wick pertama dahulu. John Wick adalah sebuah filem aksi dengan jalan cerita yang sangat straight-forward. 

Jika filem pertamanya mengisarkan tentang John Wick tidak berpuas hati dengan tindakan gangster membunuh anjingnya, John Wick Chapter 2 pula mengisahkan tentang John Wick terpaksa menyelamatkan diri kerana diburu oleh pembunuh-pembunuh upahan.

Yang lebih menarik, filem ini mendapat rating yang lebih tinggi berbanding filem pertamanya iaitu 8.2/10 di IMDB.


2 - Split


Filem yang dibintangi oleh James MacAvoy ini merupakan filem thriller yang mengisahkan tentang tiga perempuan diculik oleh seorang lelaki yang didiagnos dengan 23 personaliti.

Ketiga-tiga mereka perlu melarikan diri sebelum personaliti ke 24 - yang menakutkan - muncul.


3 - Dangal

Biarpun sudah berada lama di panggung, filem Dangal masih lagi ditayangkan. Dibintangi oleh Aamir Khan, filem tersebut berkisarkan tentang Mahavir Singh Phogat, seorang bekas penggusti yang bercita-cita untuk memenangi pingat emas untuk India dalam bidang gusti.

Namun, dia gagal tetapi tetap bersumpah (bakal) anak lelakinya akan menggalas tanggungjawab itu. Bagaimanapun, dia hanya memperoleh anak perempuan hasil dari perkahwinan.

Biarpun begitu, Mahavir Singh Phogat tidak mengalah dan melatih kedua-dua anak perempuannya biarpun mendapat tentangan dari masyarakat.

Di IMDB, Dangal mendapat rating 8.9/10.

4 - Hidden Figures

Dengan rating 7.9 di IMDB, Hidden Figures menigsahkan tentang satu kumpulan wanita Afrika-Amerika yang berkhidmat sebagai ahli matematik di dalam NASA ketika di awal program angkasa Amerika Syarikat.

Bagi yang gemarkan filem berkonsepkan sejarah-ilmiah, filem ini bagus untuk anda.


5 - The Lego Batman Movie

Filem lego ini mendapat rating 7.7 di IMDB dan ia berkisar tentang Bruce Wayne (dalam bentuk animasi lego) terpaksa berhadapan dengan penjenayah dan dalam masa yang sama bertanggungjawab terhadap anak angkat yang diambilnya.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "