Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Viral Kononnya Limau Mandarin Ada Bahan Kimia Sulfur Dioksida, Ini jawapan Penuh Daripada KKM

18 Jan 2017
No Comment

Berikutan tersebar berita di laman sosial kononnya limau mandarin yang berada di pasaran mengandungi bahan kimia sulfur dioksida, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah tampil menjawab mengenai isu berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan pemantauan yang dilakukan pihaknya sepanjang 2015 hingga tahun lepas pihak KKM mendapati tiada limau mandarin dalam pasaran Malaysia yang dikesan mengandungi sulfur dioksida.

"Adalah menjadi tanggungjawab pihak yang terlibat seperti pengimport, agen, penjual dan sebagainya untuk memastikan limau mandarin yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan," katanya.

Beliau bagaimanapun memberitahu Sulfur dioksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan pada kadar tertentu oleh badan penilai antarabangsa Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additive (JECFA)

"Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan sulfur dioksida sebagai bahan pengawet dalam makanan tertentu termasuk buah-buahan segar seperti limau mandarin di mana sulfur dioksida dibenarkan pada kadar tidak melebihi 30 mg/kg."

"Sulfur dioksida tidak berbahaya kepada manusia apabila digunakan dalam kadar yang dibenarkan tetapi ia boleh menyebabkan lelah terhadap orang yang sensitif apabila terhidu atau tertelan," jelasnya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau lagi, bagi melindungi pengguna yang sensitif kepada sulfur dioksida, di bawah subperaturan 20(6) Peraturan-Peraturan Makanan 1985, setiap bungkusan yang mengandungi makanan untuk jualan termasuk produk segar seperti limau mandarin yang ditambah sulfur dioksida lebih daripada 10 mg/kg, suatu pernyataan “mengandungi sulfur dioksida” hendaklah dilabel pada bungkusan tersebut.

"Sesiapa yang gagal mematuhi peraturan ini boleh didenda tidak melebihi RM 5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada dua (2) tahun."

Manakala di bawah subperaturan 11(1) (j), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, bagi makanan import termasuk limau mandarin, nama serta alamat pembungkus dan pengimport, termasuk nama negara dari mana makanan itu berasal hendaklah dinyatakan pada label.

"Dalam hal ini, sesiapa yang membuat pelabelan palsu boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga (3) tahun atau denda atau kedua-duanya seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 16, Akta Makanan 1983," tegas beliau. - Siakapkeli.my

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "