Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Trump Akan Keluarkan Larangan Visa Untuk 7 Negara Islam - Laporan

27 Jan 2017


WASHINGTON -  Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka akan mengeluarkan larangan visa pelancong terhadap tujuh negara Islam.

New York Times berkata, menerusi satu dokumen yang diperoleh pihaknya, tujuh negara yang bakal terlibat adalah Iraq, Syria, Iran, Sudan, Libya, Somalia dan Yaman.

Menurut laporan itu lagi, pelaksanaan tindakan Trump itu sesuai dengan janjinya sewaktu kempen pilihan raya AS berhubung isu itu pada tahun lepas.

Sementara itu, memetik laporan Washington Post pula menyatakan tindakan Trump itu tidak jelas sama ada draf diterbitkan adalah versi akhir, atau bila Trump akan menandatanganinya.

Dalam masa yang sama, pelakon Iran, memboikot anugerah Oskar apabila mengetahui tentang cadangan Trump itu.

Taraneh Alidoosti yang membintangi filem The Salesman pada Khamis berkata: "Pelarangan visa oleh Trump untuk rakyat Iran adalah rasis. Saya tidak akan hadiri Academy Awards 2017 sebagai protes." katanya yang calonkan sebagai pelakon berbahasa luar terbaik dalam anugerah tersebut.

Menurut laporan The Week pula, Iraq mungkin akan mengambil tindakan balas atas cadangan Trump itu dengan mengeluarkan larangan visa untuk rakyat Amerika.

Sumber: BBCThe WeekNY Times
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "