Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) The 50-Year Promise: Filem Pendek Menyentuh Hati Mengisahkan 2 Beradik Terpisah Sejak Kecil, Dipertemukan Semula 50 Tahun Kemudian

25 Jan 2017

Digubal berdasarkan kisah benar, The 50-Year Promise menceritakan kisah mengenai dua beradik yang terpisah sejak kecil akibat keadaan yang memaksa.

Filem pendek keluaran Maxis 4G itu bermula dengan bunyi suara kanak-kanak bermain mesra sesama mereka. Namun kegembiraan itu direntap apabila tiba-tiba kelibat orang dewasa datang membawa pergi salah seorang dari mereka.

50 tahun kemudian, kelibat seorang wanita menyanyi mula menghiasi video tersebut. Biarpun wanita itu berjaya menyampaikan nyanyian yang merdu, suara-suara sumbang mula berbunyi mempersoalkan: 'Mengapa dia nyanyi lagu sama sahaja setiap tahun?'.

Tanpa mereka ketahui, ada perkara terselindung disebalik lagu tersebut yang menyimpan harapan wanita itu 50 tahun lamanya.

The 50-Year Promise menggambarkan bagaimana janji, memori dan teknologi bersatu bagi menjalin semula ikatan yang terputus.

Saksikan filem pendek itu:


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "