Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Sakit Hati Bila Mak Selalu Menangkan Kakak Ipar Walaupun Selalu Drama," Jawapan Mak Ini Akan Aku Ingat Sampai Bila-Bila Dan Praktikkan

25 Jan 2017
No Comment

Sering kita lihat dalam drama kisah seorang ibu lebih menyayangi seorang anak dari anak yang lain, memang ada tetapi sedikit sebab kebanyakkan ibu memang menyayangi anaknya sama rata.

Jika kita rasa memang ada situasi ini, cuba lihat kembali apa dia lakukan, periksa balik, antara dia dengan kita siapa yang selalu pulang ke kampung, siapa yang selalu melawat mak ayah.

Bagaimana pula jika ibu lebih lebihkan menantu? bukan anak sendiri? jom baca hikmah disebalik perkara ini yang betul-betul terjadi.

Dulu masa awal2 abang saya kahwin. Fasa untuk kami kenal dengan kakak ipar. Perangai dia pelik mcmana pun. Menyampah mcmana pu. Ttp mama saya akan menangkan dia. Dia dengar je kami anak2 komplen pasal kak ipar kami terus dia cakap "dah dia mcm tu. Biar la dia".

Kakipar drama mcmana pun tetap dia backing kak ipar. 

Sakit hati pula masa tu bila mama banyak menangkan ipar dari anak sendiri.
Tapi skrg baru saya nampak hikmahnya

Bila saya dah kawin. Baru mama saya bagitahu kenapa dia menangkan ipar saya

Dia kata. Kak ipar awak. Dibesarkan dan didik dengan cara mak ayah dia. 

Hormat lah cara orang. Mama tak menangkan anak2 mama sbb mama tahu. Marah mcmana pun. Anak mama tak akan tinggal mama. Sebab awak semua besar dengan susu badan mama. 

Tapi kak ipar awak... kalau dia marah terasa hati dengan kita..dia boleh pergi bawa diri. dia boleh lari ke makayah ddia.Awak nak tengok rumahtangga abang awak musnah? 

"Ingat... tak ada perempuan lain boleh terima perangai abang kecuali mama,adik2 dia dan isteri dia."

Syukur lah dan hormat lah. Kita bukan keluarga dato tengku kaya raya sampai orang berebut nak kan abang awak.

Alhamdulillah.. skrg keluarga kami happy. Saya sayang kakak ipar saya mcm kakak saya sendiri. Kalau lama tak jumpa sgt. Masing2 lupa suami sendiri. Hehehehe

Satu hari nanti. InsyaAllah saya akan praktikkan cara mama saya bila saya dah ada menantu nanti. Amin

Kredit: KRT

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "