Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terowong Genting Sempah Ditutup 60 Hari Mulai Selasa, Laluan Kontra Akan Diaktifkan

6 Jan 2017


KUALA LUMPUR, 6 Jan - Terowong Genting Sempah akan ditutup sementara selama 60 hari mulai jam 8 pagi sehingga 5 petang bermula Selasa ini bagi memberi ruang untuk kerja penyelenggaraan sistem dan pembaikan jalan dalam terowong tersebut.

"Laluan hala barat akan ditutup kepada lalu lintas bermula 10 Jan hingga 16 Feb manakala arah timur akan ditutup bermula 20 Feb hingga 22 Mac", kata ANIH dalam satu kenyataan.

"Laluan akan dibuka seperti biasa dari 6 petang hingga 7 pagi," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, satu laluan kontra di Terowong Genting Sempah akan diaktifkan sepanjang tempoh penyelenggaraan itu.

"Kerja-kerja penyelenggaraan akan dihentikan pada cuti musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Thaipusam," kata kenyataan itu.

Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai LPT boleh mengikuti laman sosial rasmi iaitu Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan laman twitter @LPTTrafik atau menghubungi talian LPT-Line di 09-5947 111.

Sumber: Bernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "