Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Faiz Subri Tak Jadi Pakai Baju Melayu Kerana Masalah Cuaca

9 Jan 2017
No Comment


Jika sebelum ini Faiz Subri berhasrat untuk memakai set persalinan lengkap baju Melayu tradisional di dalam anugerah Puskas 2016 yang berlangsung di Zurich, Switzerland awal pagi esok, nampaknya beliau terpaksa melupakan hasrat berkenaan kerana masalah cuaca, lapor Harian Metro.

Menurut pemain Pulau Pinang berusia 29 tahun itu, dia akan memakai pakaian formal baju sut yang lebih selesa dengan cuaca sejuk sekitar -5 selsius.

"Keadaan di sini memang sejuk, memang saya akan pakai baju kot. Bukan pakai baju Melayu tak kena (sesuai) tapi terlalu sejuk," katanya ketika ditemui di hotel penginapan di sini, hari ini.

Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang merupakan penganjur sebelum ini sudah memberi lampu hijau kepada Faiz untuk memakai baju tradisional pada majlis itu selepas mendapat permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Tak apa kalau saya tak dapat pakai baju Melayu di sini, Insya Allah kalau menang saya akan pakai di Malaysia nanti," jelas Faiz.

Sepakan percuma yang diambilnya ketika Pulau Pinang menewaskan Pahang 3-0 dalam aksi Liga Super, 16 Februari tahun lalu telah  menarik perhatian peminat sukan seluruh dunia apabila berada dalam senarai akhir tiga gol terbaik 2016 untuk merebut anugerah Puskas.

Sepakan percumanya itu dikatakan melanggar 'hukum fizik' apabila melencong seolah-olah 'kelaut' namun berjaya menerjah ke gawang lawan sehebat sepakan Roberto Carlos pada tathun 1997 lalu.


Beliau dilihat mempunyai peluang untuk merangkul anugerah berkenaan meskipun dicabar pemain Brazil Marlone dan Daniuska Rodriguez (Venezuela). - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "