Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sebelum 'Survey' Rumah Yang Berharga Ratusan Ribu, Baik Anda Buat Kiraan Dulu, Harga Rumah Apa Yang Anda Layak Beli

7 Jan 2017
No Comment

Hendak diikutkan setiap dari kita pasti mempunyai perbezaan gaji yang berbeza, ianya selalunya berdasarkan pada pengalaman kerja, pangkat, juga pendidikan, namun, ia akan berubah dari semasa ke semasa bergantung pada sesebuah organisasi atau majikan menilai anda.

Tetapi, sudah pasti ramai di antara kita beranggapan, jika kita mempunyai gaji yang sama, dengan rakan sekerja kita, apa yang boleh dimiliki olehnya, pasti dapat diperolehi oleh anda juga. Anggapan sebegini adalah salah sama sekali.

Lebih-lebih lagi, dalam membuat perkiraan untuk membeli rumah, seperti apa yang telah dikongsikan oleh saudara Harith Faisal, yang turut diterbitkan dalam laman Gila Hartanah, terdapat perkiraan khusus buat individu, untuk mengetahui kelayakan anda dalam membuat pembiayaan perumahan.

Mari kita lihat lebih mendalam akan perkiraan tersebut.


CARA SEMPOI KIRA KELAYAKAN BELI RUMAH UNTUK NEWBIE

Selepas baca sampai habis, mesti korang rasa nak SHARE posting ni. Siap ada info ekstra tau.

"Saya dah lama survey rumah area sana. Ada 1 unit ni, harga RM300,000. Cantik. Owner nak let go cepat. Okay tak kalau saya nak beli?"

"Dah kira kelayakan untuk buat pembiayaan bank?"

"Belum. Tapi kawan ofis saya gaji macam saya, dia boleh je beli rumah harga macam tu. Takkan saya punya tak lepas pula, kan?"

"Tak semestinya gaji sama, layak beli rumah harga sama. Tengok juga komitmen masing-masing berapa."

Banyak saya dapat soalan macam tu. Nak beli rumah, dah survey rumah, tapi tak tahu pun sebenarnya dia layak atau tak.

Janganlah buang masa berbulan survey rumah RM300,000 padahal sebenarnya, rumah RM200,000 pun belum tentu lepas.

Nak jimat masa, saya kongikan secara asas kiraan harga rumah yang layak kita beli. 

Contoh kiraan adalah seperti di bawah.

 Income - Deduction = Net Income
* RM2,500 - RM200 = RM2,300

 Net Income x Max DSR % = Max Monthly Repayment
* RM2,300 x 60% = RM1,380


Kenapa darab 60%? Saya ambil contoh CIMB, untuk Net Income RM2,300 maksimum DSR yang dibenarkan adalah 60%.

Katakan anda ada komitmen bulanan bayar kereta RM400. Jadi baki monthly repayment yang anda layak adalah RM1,380 - RM400 = RM980.

CARA SEMPOI DARAB 200

 Baki Monthly Repayment X 200 = Home Financing.
* RM980 x 200 = RM196,000

Dah tahu anda layak dapat pembiayaan sampai RM196,000 sahaja, jangan pula cari rumah harga RM400,000. Memang takkan lepas.

INFO EKSTRA 

1. Bank Islam (BIMB) 

Gaji bawah RM7,000 = DSR Maksimum 70%
Gaji atas RM7,000 = DSR Maksimum 75% 

2. Ambank 

Gaji bawah RM5,000 = DSR Maksimum 60%
Gaji atas RM5,000 = DSR Maksimum 70% 

3. Maybank

Gaji bawah RM3,500 = DSR Maksimum 40%
Gaji atas RM3,500 = DSR Maksimum 75% 

4. CIMB 

Gaji bawah RM3,500 = DSR Maksimum 60%
Gaji atas RM3,500 = DSR Maksimum 75% 

5. MBSB 

DSR Maksimum = 80%

6. RHB 

Gaji bawah RM2,600 = DSR Maksimum 55%
Gaji atas RM2,600 = DSR Maksimum 75% 

7. Affin Bank

Gaji bawah RM5,000 = DSR Maksimum 60%
Gaji atas RM5,000 = DSR Maksimum 80% 

Info di atas tidak 100% tepat dan mungkin tak terkini. peratus maksimum DSR berubah mengikut polisi bank masing-masing. Walk in ke bank dan minta konsultasi dari pegawai bank untuk kiraan yang lebih tepat.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "