Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Mereka Dalam Keadaan Lapar & Kesejukan" - 2 Remaja Sanggup Redah Banjir Paras Dada Selamatkan 6 Kucing Terperangkap Selama 2 Hari

25 Jan 2017


BERUAS, 25 Jan — Dua remaja sanggup meredah air banjir pada paras dada untuk menyelamatkan enam ekor kucing yang terperangkap di sebuah rumah di Kampung Padang Serai di sini petang tadi.

Muhammad Faruq Shabudi, 15, dan Muhammad Shukri Zulkafli, 20, menyelamatkan kucing yang dipercayai terperangkap sejak dua hari lalu apabila tuan mereka berpindah ke pusat pemindahan.

Muhammad Faruq berkata dia dan rakannya pada mulanya terdengar bunyi bising dari rumah tersebut sebelum mendapati beberapa ekor kucing sedang memanjat beranda rumah untuk mengelak daripada air banjir.

Kami kemudian mengambil keputusan untuk meredah air sejauh 20 meter untuk memasuki kawasan rumah berkenaan sebelum mengambil kesemua kucing-kucing itu yang berada di atas syiling rumah dan beranda.

Mereka didapati dalam keadaan lapar dan kesejukan. Mereka kemudiannya dihantar ke pusat pemindahan dan kami berharap mereka akan berjumpa tuan mereka kelak,” katanya sebagaiman lapor Bernama.

Sumber: Bernama


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "