Kuala Lumpur, 22 Jan - Lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31 yang berlangsung sebentar tadi.
Tempat kedua diduduki oleh lagu Terimaku Seadanya nyanyian Misha Omar dan Hafiz Suip manakala tempat ketiga dimenangi oleh lagu Sudah Ku Tahu nyanyian Projektor Band.
Sementara itu, Dayang turut memenangi kategori vokal terbaik bagi lagu yang sama manakala kategori persembahan terbaik pula dimenangi oleh kumpulan Khalifah menerusi lagu Hang Pi Mana.